olympics.2020

Pelumba lebuh raya negara, Anuar Manan nyata kecewa apabila Malaysia gagal melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio dalam acara berbasikal lebuhraya yang akan diadakan pada Ogos.

Pelumba negara gagal meraih mata untuk berada dikedudukan terbaik dalam ranking yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Dunia, UCI.

Anuar mengakui, pasukannya Terengganu Cycling , TSG tidak terlalu aktif sebelum ini malah gagal meraih sebarang pencapaian termasuk menaiki podium dalam perlumbaan untuk meraih mata susulan pertukaran sistem pengurusan.

Malah, pelumba kelahiran Kuala Ibai itu tidak jelas dengan peranan pengurusan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM terhadap perancangan buat pelumba negara  dalam misi memburu mata layak secara merit ke sukan olimpik.

‘Kecewa jugak dengan persatuan (PKBM), mereka ada masalah kewangan jadi tiada persiapan dilakukan. Tahun lalu, Pasukan Terengganu Cycling juga tidak aktif kerana bertukar pengurusan. Untuk Olimpik berikutnya di Jepun insyaallah kita sudah mula kumpul mata kerana banyak menyertai perlumbaan dan mendapat kedudukan yang baik.’ kata Anuar Manan.

PKBM digantung oleh Pesuruhjaya Sukan pada Oktober 2014 gara gara wujud kelemahan dalam tatacara pengurusan kewangan yang disalurkan Kementerian Belia Dan Sukan, KBS.

Namun penggantungan itu ditarik pada penghujung Januari 2015 selepas Pesuruhjaya Sukan berpuas hati dengan pembetulan yang dilakukan oleh PKBM

2012, Malaysia layak secara merit untuk mengnatra dua pelumba bagi acara lebuhraya ke sukan olimpik London bersama sama tiga lagi negara Asia, Jepun, Kazakhstan dan Uzbekistan.

Malaysia hanya akan menghantar atlet bagi acara trek, menerusi Azizul Hasni Awang dan Fatehah Mustafa yang layak beraksi bagi acara Keirin di sukan Olimpik Rio nanti.

- Advertisement -