AFTER registering a pulsating come-from-behind 3-1 win over Nur Insafi, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) coach Arul Selvaraj has urged the 2018 overall champions to turn on the power against TNB Thunderbolts at the National Hockey Stadium in Bukit Jalil tomorrow.

“Thunderbolt is a very physical team. Speed is their forte and we have to play smart hockey against these youngsters and not dish out the low-keyed performance we did against Nur Insafi,” said Arul after two late goals by Marhan Jalil and Faridzul Afiq Mohd in the fourth quarter saw UniKL scramble past the Sungai Petani-based outfit at the Tengku Abdullah Stadium in Bangi on Friday.

Former international Ismail Abu gave Nur Insafi an eighth minute lead before Robbert Kemperman restored parity in the 18th minute via a field goal.

“We will be punished if we do that again. We need to be ready and play like a team in winning the game against Thunderbolts,” he added.

UniKL and Thunderbolts met at the quarterfinals stage of the Tan Sri P. Alagendra Cup on January 4. UniKL won the tie 4-1 to advance to the semi-finals.

After four matches, UniKL share 10-equal points with Terengganu Hockey Team (THT) and placed third in the table standings behind THT – two points adrift of Tenaga Nasional Berhad.

Arul’s main focus now is the 12 penalty corners that came their way against Nur Insafi but drag-flick specialist Razie Rahim and Dutchman Martijn Havenga could not convert any.

“In the key matches against THT in the Charity Shield Razie scored both goals from penalty corners and we also scored against TNB (3-1 win) in the league. Both players need to focus and improve on it in coming matches,” he said

National team captain Sukri Abdul Mutalib has been advised by the team medical officer to take a one-week rest following injury to his thumb and will only return to action against Maybank on February 1.

Arul: Tingkatkan prestasi menentang Thunderbolts

Selepas berhempas pulas menewaskan Nur Insafi 3-1, pengendali Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj menggesa barisan pemainnya untuk mempamerkan prestasi lebih meyakinkan menjelang pertemuan menentang TNB Thunderbolts di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.

“Thunderbolts adalah pasukan yang mempunyai kekuatan fizikal. Kepantasan adalah senjata utama mereka dan kami perlu bermain bijak apabila berentap dengan pemain muda dan tidak boleh mengulangi persembahan seperti semalam,” kata Arul.

Di laman sendiri Stadium Tengku Abdullah semalam, UniKL memerlukan dua jaringan lewat masing-masing oleh Marhan Jalil dan Faridzul Afiq Mohd untuk mengatasi lawan yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah itu.

Ini selepas Nur Insafi terlebih dulu berada di depan hasil gol padang bekas penyerang negara Ismail Abu pada minit kelapan sebelum tonggak import Belanda, Robbert Kemperman menyamakan kedudukan tiga minit selepas bersambung suku kedua.

“Kami akan dihukum jika mengulanginya sekali lagi. Kami perlu bersiap sedia dan beraksi sebagai sebuah pasukan jika mahu memenangi perlawanan menentang Thunderbolts,” tambahnya.

UniKL yang juga juara Piala TNB musim lalu dan Thunderbolts  di bawah kendalian Nor Azlan Bakar sudah bertemu dalam aksi suku akhir Piala Tan Sri P Alagendra pada 4 Januari lalu dengan kemenangan memihak kepada UniKL 4-1.

Selepas empat aksi setakat ini, UniKL berkongsi 10 mata bersama Terengganu Hockey Team (THT) namun dipisahkan berdasarkan agregat gol di kedudukan ketiga manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerajui liga dengan kelebihan dua mata.

Kini, fokus utama Arul pastinya mengatasi kelemahan jentera pukulan sudut penalti UniKL yang mensia-siakan 12 peluang yang diperolehi Razie Rahim dan Martijn Havenga namun bergelut dalam menyempurnakannya semalam.

“Dalam aksi Piala Sumbangsih bertemu THT, Razie menjaringkan kedua-dua gol menerusi pukulan sudut penalti dan Havenga turut menyumbat gol menerusi percubaan sama ketika mengatasi TNB (3-1) sebelum ini. Kedua-dua pemain perlu fokus dan meningkatkan sentuhan penyudah bagi aksi seterusnya,” kata Arul.

Pada masa yang sama, kepten skuad kebangsaan Sukri Mutalib yang baharu menyertai UniKL pada musim ini di arahkan oleh doktor untuk berehat seminggu selepas mengaloami kecederaan ibu jari dan hanya akan kembali beraksi bagi pertembungan dengan Maybank pada 1 Februari nanti.

- Advertisement -