rio

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada halangan buat mana mana atlet negara yang telahpun layak untuk beraksi di Sukan Olimpik Rio untuk menarik diri daripada menyertai temasya terbesar dunia itu.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo menjelaskan, keputusan itu terletak ditangan atlet jika memutuskan untuk tidak menyertai temasya Olimpik walaupun tanpa sebab.

ā€œMereka tidak perlu beri sebarang alasan sekalipun andai mahu memutuskan untuk tidak menyertai Olimpik. Tetapi proses penggantian atlet adalah berbeza beza mengikut kriteria dan syarat syarat yang ditetapkan oleh persatuan sukan.ā€

ā€œAda persatuan yang perlu menilai ranking pemain untuk memutuskan atlet pengganti dan ada juga persatuan yang memilih berdasarkan kejohanan. Jika mana mana atlet yang dipilih untuk mengisi kekosongan, tetapi tidak menepati syarat syarat yang ditetapkan, mereka tidak boleh disenaraikan,ā€ kata Beng Choo.

Majlis Olimpik Malaysia sentiasa memantau perkembangan tentang ancaman wabak virus Zika menerusi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Penarikan diri atlet ke Sukan Olimpik Rio antara yang menjadi topik susulan virus Zika yang melanda Brazil ketika ini.

150 saintis meminta Sukan Olimpik ditangguhkan atau di tukar venue malah, beberapa pemain tenis lelaki terkenal dunia mengesahkan tidak akan bertanding di Rio kerana risau pihak penganjur tidak mampu mengawal penularan wabak itu ketika temasya berlangsung.

- Advertisement -