aust.nz

Oleh Ku Mohd Lufti

Acara Ragbi 7 sebelah pertama kali diperkenalkan dalam temasya Olimpik memberi tuah buat pasukan wanita Australia.

Kanada meraih pingat gangsa selepas menewaskan Great Britain dengan kemenangan 33-10.

Turun berdepan Great Britain, Kanada tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi try oleh Karen Paquin sebelum Landry Ghislaine cemerlang dengan conversion untuk menambah 3 mata, sekaligus Kanada mendahului 7-0.

Great Britain ternyata tidak mahu pulang kehampaan, bangkit dengan aksi yang lebih aggresif untuk  merapatkan jurang mata.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila Danielle Waterman bijak melepasi halangan daripada pemain pemain lawan sebelum merebahkan badan untuk melakukan try.

Hasrat untuk Great Britain menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila conversion yang diambil Katy Mclean berakhir dengan kegagalan.

Kedudukan 7-5 tampak tidak menggangu konsentrasi pemain pemain Kanada yang dibimbing John Tait, sebaliknya menambah 7 lagi mata.

Try kedua dilakukan oleh Landry untuk kedudukan 12-5 sebelum beliau menambah 3 lagi mata hasil conversion.

Penguasaan Kanada berterusan apabila giliran Bianca Farella melakar nama selaku penyumbang mata untuk pasukannya menerusi try.

Kelly Russel kemudiannya membuktikan Kanada sememangnya mahukan pingat gangsa apabila melakukan try sebelum Landry cemerlang dengan conversion sekaligus menutup babak pertama dengan keputusan 26-5.

Seakan akan sudah menghidu kejayaan sah milik Kanada, anak anak didik John Tait memperlahankan rentak permainan tatkala Great Britain terus aggresif untuk mencari try.

Tiga minit selepas babak kedua bermula, Jasmine Joyce melakukan try untuk mengurangkan defisit gol 10-26.

Dipenghujung perlawanan, Landry Ghislaine memastikan pingat gangsa menjadi milik Kanada apabila menambah try dan conversion terakhir sebelum menutup perlawanan penentuan pingat gangsa dengan kemenangan memihak Kanada 33-10.

SEMENTARA ITU Stadium Deodoro menjadi medan pertarungan dan saksi kepada pemenang pingat emas pertama bagi sukan ragbi 7 sebelah.

Pertarungan diantara dua finalis, Australia dan New Zealand, pastinya ramai yang menjangkakan kemenangan akan memihak kepada New Zealand.

Permainan aggresif dipamerkan kedua dua pasukan yang mencari kelemahan pasukan lawan.

Ternyata tuah memihak New Zealand apabila berjaya mendahului 5-0 hasil try yang disempurnakan Kayla Mccalister.

New Zealand seharusnya melebarkan kedudukan kepada 7-0, namun Tyla Nathan Wong gagal menyudahkan conversion.

Seakan akan tidak mempedulikan keputusan semasa, Australia yang dibimbing Tim Walsh menyamakan kedudukan mata 5 sama menerusi try Emma Tonegato.

Seperti New Zealand, Australia juga gagal menyempurnakan conversion yang diambil oleh Chloe Dalton.

Menyedari lawannya yang semakin aggresif, Australia melakukan pertukaran pemain untuk mengukuhkan lagi posisi tengah dan serangan.

Usaha itu ternyata membuahkan hasil apabila ruang terbuka berjaya dihidu Evania yang melakukan larian deras dan disudahkan dengan try untuk Australia mendahului 10-5 selepas tamat separuh masa pertama.

Penguasaan Australia berterusan dibabak kedua apabila berjaya meraih try, kali ini giliran Ellia Green melakar nama selaku penyumbang mata untuk kedudukan 15-5.

Chloe Dalton melengkapkan conversion untuk melebarkan kedudukan kepada 17-5.

New Zealand seakan akan hilang punca untuk melakukan serangan balas, apabila Australia menambah lagi mata.

Charlotte Caslick melakukan try sebelum Chloe menambah lagi pungutan mata kepada 24-5 memihak Australia.

New Zealand bagaimanapun hanya mampu menyerang balas dipenghujung perlawanan menerusi Kayla McCalister.

Portia Woodmas yang menjadi key player New Zealand berjaya melakukan try untuk meraoatkan jurang mata kepada 15-24 sebelum 3 lagi mata dijaringkan menerusi conversion oleh Tyla Nathan Wong.

Namun ia sudah terlambat untuk New Zealand menyekat Australia selaku pemenang pingat emas bagi acara ragbi 7 sebelah wanita dengan keputusan muktamad, 24-17.

- Advertisement -