Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan rombakan kedua, kali ini melibatkan pengurusan bagi kejurulatihan skuad remaja.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria menerusi kenyataan media, skuad remaja akan berada di bawah seliaan Datuk Misbun Sidek yang memegang status sebagai Pengarah Pembangunan Belia 

Dua individu, Hazwan Jamaluddin yang merupakan bekas jurulatih perseorangan dan Poh Chai Boon akan mengendalikan pasukan bawah 18 tahun sementara Pang Cheh Chang, Vountus Indra Mawan dan Lutfi Zaim akan memantau pemain bergu.

Hafiz Hashim yang juga pemenang All England akan bergandingan bersama sama Alvin Chew untuk mengemudi pasukan bawah 15 tahun

Pembangunan bagi pemain perempuan bawah 13 tahun akan dikendalikan  bekas pemenang dalam skuad Piala Thomas 1992, Kwan Yoke Meng.

Manakala Zhang Hong Yu akan mengawal selia bahagian pemain perempuan bawah 15 dan bawah 14 tahun.

“Semua jurulatih secara kolektif telah menunjukkan kemajuan menerusi ranking pembangunan BAM manakala Hong Yu telah menghabiskan masa dua dekad sebagai jurulatih pemain remaja di Malaysia.

“Mereka tahu sistem kita dengan baik dan ingin memberikan ilmu mereka kepada pemain muda.

“Pembangunan jangka panjang berterusan terhadap pemain junior kebangsaan tetap menjadi keutamaan kerana kami ingin mencungkil bakat generasi pemain seterusnya. Kami akan terus menyediakan persekitaran optimal untuk membantu perkembangan kesemua 77 pemain muda di ABM,” kata Norza.

- Advertisement -