Hari kedua Final Jelajah Dunia menyaksikan hanya bergu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii yang melakar kemenangan sekaligus menghidupkan peluang untuk memburu kelompok dua teratas kumpulan A.
Yew Sin-Ee Yii yang turun selaku pilihan keempat melakar kemenangan straight set 21-19, 21-18 ke atas gandingan dari England, Marcus Ellis-Chris Langridge untuk menghuni tangga kedua kumpulan A dibelakang pendahulu yang juga pilihan pertama, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.
Sementara itu dalam saingan kumpulan B, satu lagi bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun selaku pilihan kedua, tewas kepada pasangan dari Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov straight set 19-21, 16-21.
Aaron-Woo Yik masih berada di kedudukan teratas kumpulan B sambil diekori rapat bergu Korea, Choi Solgyu-Seo Seung Jae dan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia yang menduduki tangga kedua dan ketiga. 
“Ketika sedang mendahului, kami agak gopoh untuk meraih mata, ia menjadikan kami melakukan unforce error.
“Kami pernah bermain dengan Ahsan-Hendrawan beberapa kali. Kedua dua bergu sudah tahu bagaimana cara permainan.
“Menang atau kalah bukan perkara utama, yang penting kami mahu bermain dengan perancangan yang telah ditetapkan dan kekal tenang sepanjang permainan,”kata Aaron.
Saingan bergu wanita kumpulan A menyaksikan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tumpas kepada pilihan ketiga dari Korea Selatan Lee So Hee -Shin Seung Chan 15-21, 17-21 manakala satu lagi pasangan bergu wanita negara Vivian Hoo-Yep Weng Chen turut mengalami nasib yang sama apabila tewas straight set 17-21, 7-21 ke atas pilihan pertama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Aksi bergu campuran negara dalam kumpulan B, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mencatat kemenangan kedua apabila tewas kepada pilihan keempat dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 17-21,9-21.

Wakil perseorangan lelaki, Lee Zii Jia masih mencari kemenangan pertama selepas tewas kepada pilihan pertama dari Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 15-21, 4-21.
- Advertisement -