_AFF1639
Pix courtesy of ASEANA

Oleh Ku Mohd Lufti

Aksi persahabatan antarabangsa kedua  skuad kendalian Frank Bernhardt ketika menentang Nepal berakhir dengan keputusan seri satu sama. 

Secara keseluruhan tentang malam tadi, ceritanya berbeza berbanding aksi sulung ketika Malatysia bawah 22 tahun menentang skuad bawah 22 tahun Filipina rabu lalu. 

Malaysia hanya bermain baik sepanjang tempoh 15 minit sebelum kesilapan demi kesilapan mula menghantui pemain pemain negara.

Hantaran lemah khususnya diposisi pertahanan mudah dibaca pemain Nepal sekaligus membuka ruang mudah kepada pelawat untuk menguji kubu Malaysia kendalian Muhd Haziq Nadzli.

Barisan serangan Nepal berjaya memanfaatkan kesilapan Malaysia dengan gol pembukaan diminit ke 37 menerusi rembatan Bharat Khawas.

Peluang terbaik Malaysia untuk menyamakan kedudukan hadir semini sebelum tamat babak pertama, namun percubaan Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew melewati palang.

Senario yang sama terus di pamerkan anak anak didik Frank Bernhardt apabila terus membenarkan Nepal melakukan asakan bertubi tubi ke kubu Malaysia.

Keadaan tegang seketika diminit ke 58 melibatkan pemain kedua dua pasukan , namun berjaya dikawal pengadil perlawananMohd Nafeez Abd Wahab.

Sorakan penyokong Malaysia bergema empat minit sebelum tamat perlawanan, apabila Muhd Arif Mohamad Anwar menyamakan kedudukan untuk skuad bawah 22 tahun Malaysia.

- Advertisement -