R. Kogileswaran

Oleh Ku Mohd Lufti

Jurulatih skuad projek Sukan Sea, Frank Bernhardt menyenaraikan pemain pemain untuk menjalani latihan pusat terbesar dalam misi mencari pemain pemain untuk dibawa ke sukan SEA tahun depan.

53 pemain dipanggil untuk menjalani dua latihan latihan pusat di Wisma FAM pada Mei depan.

25 pemain bawah 22 tahun disenaraikan Bernhadrt untuk menjalani latihan pusat bermula 7 Mei.

Daripada senarai tersebut, 5 daripadanya merupakan pemain yang beraksi untuk pasukan DRB Hicom iaitu Mohd Hamirul Hakim Mohd Akher, Muhd Daniel Azeem Mohd Fauzi, Sanjef Dinesh R. S Baskeran, Muhd Zikry Kamaruzzaman dan Mohd Hakimi Isa.

Manakala 3 lagi pemain, Muhd Hafiz Zalani, Wan Arfan Wan Ibrahim, Muhd Firdaus Kasim merupakan pemain yang beraksi untuk pasukan Sime Darby FC.

Bernhardt turut menyenaraikan dua pemain daripada pasukan T Team, Selangor, Perak, Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur dan seorang pemain dipanggil daripada pasukan UiTM FC, JDT 2, Perlis dan Felda United untuk melengkapkan senarai 25 pemain.

Manakala baki 28 pemain adalah bawah 19 tahun dan akan memulakan latihan pusat di Wisma FAM bermula 20 Mei.

Latihan pusat ini sebagai persiapan awal untuk menghadapi piala AFF bawah 19 Tahun yang akan diadakan pada 11 hingga 24 September di Hanoi Vietnam.

Bernhardt menyenaraikan 4 pemain Selangor dan Perak manakala 3 pemain masing masing daripada pasukan Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang.

R. Kogileswaran dan R. Dinesh daripada Frenz United turut tersenarai dalam senarai pemain untuk menjalani latihan pusat manakala seorang pemain masing masing daripada pasukan MISC – MIFA, T Team, JDT 2, Kedah, Sarawak, dan Terengganu melengkapkan senarai 28 pemain yang dipanggil Bernhardt.

Untuk rekod, Malaysia muncul naib juara Piala AFF Bawah 19 Tahun pada 2015 selepas tewas kepada tuan rumah, Laos 2-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 1 sama.

- Advertisement -