Skuad kendalian Mehmet Durakovic bakal menerima habuan daripada kerajaan negeri Perak jika berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia.

Insentif ini diumumkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu sebagai suntikan semangat buat pemain pemain menjelang saingan separuh akhir pertama yang akan bermula hujung minggu ini.

“Kepada pemain pemain kesebelasan utama, kita akan beri imbuhan RM 15 000 manakala pemain pemai lain yang berada dalam simpanan atau tidak terpilih juga akan diberi imbuhan tetapi jumlahnya berbezadan kurang,”kata Faizal.

Malah, imbuhan berbeza bakal diterima penjaga gawang skuad Perak yang akan diturunkan kelak dan penyerang dalam memastikan kemenangan menjadi milik The Bos Gaurus.

Perak sudah menjulang trofi Piala Malaysia sebanyak tujuh kali manakala muncul naib juara sebanyak 11 kali.

Tahun 2000 merupakan edisi terakhir Perak menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Pemain pertahanan, Shahrul Saad berpendapat, pengumuman daripada Menteri Besar sesuatu yang menggembirakan pasukan.

Namun, beliau lebih mahukan trofi Piala Malaysia dibawa ke Ipoh selepas menanti hampir dua dekad.

“Itu boleh menaikkan semangat kami dan rezeki daripada dia (Menteri Besar). Kami tidak harapkan insentif itu, cuma mahu bawa balik Piala Malaysia,”kata Shahrul Saad.

Tiada harapan lain daripada jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic yang mengharapkan sokongan padu penyokong Yop di gelanggang sendiri ketika aksi separuh akhir pertama.

“Segalanya baik untuk pasukan ketika latihan dan ketika proses pemulihan. Perak sudah lama tidak bermain di Final dan aksi pertama adalah dilaman sendiri.

“Saya harap ramai penyokong datang kerana kami memerlukan sokongan di stadium nanti untuk membantu pemain pemain dan memenangi perlawanan,”kata Mehmet.

Perak mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan PKNS FC dengan kemenangan aggregat 2-0. KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -