Harith crashed during final CP115 in Kelantan

A bad crash during Round 4 of the Malaysian Cub Prix and the resulting broken collar bone has dashed Harith Farhan Baharin’s dream of taking part in the 2016 Asia Dream Endurance Race at the Suzuka Circuit this coming June 3 to 6, 2016. The annual 2-hour endurance event is held in conjunction with the hosting of the FIM Asia Road Racing Championship at the Suzuka Circuit.

“I was really looking forward to the 2-hour endurance as the highlight of my year and I am bitterly disappointed that I will not be able to take part,” said Harith. “This would have been my second exposure to endurance racing.”

Harith’s injury and subsequent absence leaves Hafiz Nor Azman as the sole Malaysian representative in the Asia Dream Endurance Race. Hafiz will be paired up with Japanese rider Hiroki Nakamura for the challenge.

Harith in action during ADC

HARITH TERLEPAS AKSI DI SUZUKA

Sh: Patah bahu setelah terlibat kemalangan Pusingan 4 Cub Prix

Harith Farhan Baharin yang mmasih belum pulih dari kecederaan bahu terlepas peluang untuk beraksi dalam perlumbaan Asia Dream Endurance pada saingan pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, pada 3 hingga 5 Jun ini.

Pelumba Malaysia itu dijadualkan beraksi dalam perlumbaan tahunan 2-Hour Asia Dream Endurance yang dijalankan serentak bersama perlumbaan ARRC pada Ahad ini namun terpaksa diketepikan apabila mengalami patah bahu selepas terbabit dalam kemalangan sewaktu perlumbaan akhir CP115 Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kelantan, bulan lepas.

“Saya memang menantikan peluang untuk beraksi dalam perlumbaan 2- Hour Endurance di Suzuka kerana ia peluang terbaik untuk saya menonjolkan kemampuan yang ada,” jelas Harith.

“Namun, kecederaan ini menghalang saya untuk beraksi, saya sangat sedih apabila terlepas peluang untuk tampil kali kedua dalam perlumbaan endurance sepanjang karier saya sehingga ke hari ini,” jelas pelumba berusia 17 tahun itu.

Ketiadaan Harith menyaksikan Hafiz Nor Azman bertindak sebagai wakil tunggal negara dan bakal bergandingan bersama pelumba Jepun, Hiroki Nakamura dalam perlumbaan tersebut.

- Advertisement -