indo.open

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Indonesia selepas menyingkirkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen dalam pertarungan tiga set di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Chong Wei bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila dikejutkan dengan kekalahan 17-21 di set pertama.

Namun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu bangkit dengan permainan yang lebih kemas untuk menguasai dua set berikutnya dengan kemenangan 21-19, 21-17 selepas bertarung lebih sejam.

Kemenangan ini sekaligus menyamai rekod enam kemenangan yang dilakar dua pemain Indonesia, Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.

Malah, Chong Wei bakal kembali memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia selepas kemenangan di Jakarta ini.

- Advertisement -