Harimau Malaya memperkenalkan senjata barunya, Dion Cools untuk kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022-Piala Asia 20223 di Dubai.

Pengumuman dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di mana pemain itu akan melaporkan diri ke kem pasukan pada 1 Jun untuk berganding dengan Aidil Zafuan Abdul Razak di tambak pertahanan Malaysia dalam pertembungan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun.
Pemain berusia 24 tahun yang dilahirkan di Kuching, Sarawak pernah beraksi di Piala Juara-Juara UEFA dan pernah bersemuka dengan beberapa pasukan terkemuka Eropah seperti Machester United, Liverpool and Ajax Amsterdam ketika bersama Club Brugge dari Belgium.
Usaha untuk mendapatkan khidmat Dion telah dijalankan sekian lama, namun tidak berjaya kerana beliau ingin memberi fokus kepada kariernya di Eropah serta nenanam minat untuk berkhidmat dengan pasukan kebangsaan Belgium.
Beliau juga pernah mewakili pasukan bawah 21 tahun Belgium sebanyak 18 kali. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -