Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic disahkan positif jangkitan Covid 19 dan menjadi pemain tenis keempat yang dijangkiti selepas terlibat dalam pertandingan Jelajah Adria.

Sebelum Djokovic, tiga pemain, Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki mendedahkan mereka telah dijangkiti dengan wabak itu.

Susulan itu, baki perlawanan Jelajah Adria yang berlangsung di Banja Luka dan Sarajevo dibatalkan serta merta.

Pengarah kejohanan yang juga abang kepada Djokovic, Djordje Djokovic berkata ketika ini adalah penting untuk memulihkan semula situasi semasa dan memastikan individu yang terlibat pulih sepenuhnya.

Situasi tersebut turut mendapat reaksi daripada pemain tenis antaranya Andy Murray yang mengharapkan situasi yang berlaku sebagai pengajaran kepada semua pihak sementara pemain tenis kelahiran Australia berpendapat keputusan untuk menganjurkan kejohanan adalah keras kepala.

Kenyataan di laman web Djokovic turut mendedahkan sebaik ketibaan pemain berusia 33 tahun itu di Belgrade, Novak Djokovic tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan dan telah menjalani ujian dan turut melibatkan rakan dan ahli keluarga serta yang terlibat ketika beliau berada di Belgrade dan Zadar.

Jelajah Adria merupakan kejohanan yang tidak termasuk dalam kalendar Jelajah ATP dan merupakan antrara pertandingan yang pertama diadakan sejak Februari lalu sebelum kejohanan ditangguhkan termasuk dibatalkan susulan pandemik Covid 19.

Alenxander Zverev, Marin Cilic dan Andrey Rublev yang turut beraksi di Jelajah Adria disahkan negatif dan sedang menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

Jelahah ATP dijangka akan disambung semula pada 14 Ogos menerusi Terbuka US yang akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong bermula 31 Ogos hingga 13 September.

- Advertisement -