Aksi pembukaan kejohanan badminton Spain Masters 2021 berakhir dengan langkah kiri buat dua bergu muda apabila gagal melepasi pusingan pertama.

Bergu lelaki, Chang Yee Jun – Chia Weijie memberikan tentangan yang cukup hebat ke atas pilihan keempat dari Perancis, Christo Popov – Toma Junior Popov.

Yee Jun – Weijie bertarung sehingga ke ‘deuce’ sebelum tewas straight set 20-22, 21-23.

Aksi bergu wanita turut menyaksikan gandingan Yap Rui Chen – Yap Yee kecundang di pusingan pertama.

Turun menentang pasangan dari Belanda, Alyssa Tirtosentono – Imke Van Der Aar Rui Chen – Yap Yee tewas 15-21 namun bangkit dengan aksi yang cukup bertenaga untuk menang 21-13 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Perjuangan Yap Yee-Yap Rui Chen bagaimanapun terhenti apabila tewas 19-21 sekaligus gagal meneruskan cabaran ke pusingan kedua.

Turun beraksi esok adalah tiga pemain perseorangan, Leong Jun Hao, Ng Tze Yong dan Cheam June Wei.

 

- Advertisement -