Everton Sauza Santos

Oleh Ku Mohd Lufti 

Ketua Jurulatih Sabah, Johnny Dominicus, ternyata berpuashati dengan persembahan pemain import barunya, Everton Sauza Santos.

Pemain kelahiran Brazil yang dibawa masuk minggu ini, cemerlang ketika aksi persahabatan antara Sabah dan tuan rumah, Terengganu FC 2 baru baru ini.

Pasukan terakhir pemain berusia 32 tahun ini adalah dari Oman, Al Musannah Sport Club.

Beliau akan menggantikan pemain yang beraksi di posisi menyerang, Marcos Tulio yang dilihat kurang menyengat sepanjang bersama Sang Badak.

Malah, Sabah sedang memburu seorang lagi pemain import kedua bagi menggantikan Prince Nnaka.

Sasaran yang sering menjadi sebutan adalah pemain kelahiran Bosnia, Muamer Salibasic namun segalanya bergantung kepada persetujuan pihak pengurusan yang akan menentukan nasib Prince Nnake.

Dalam saingan Liga Premier, Sabah menghuni tangga ke Sembilan dengan 11 mata berjaya diraih hasil tiga kemenangan, dua keputusan seri dan tujuh kekalahan.

- Advertisement -