Farkhan (WBC Asian Cruiseweight Champion). By Nizam Rahman – www.asiana.my

Oleh Ku Mohd Lufti

Peninju Profesional Negara, Mohd Farkhan Haron optimis untuk menambah koleksi kejuaraan Majlis Tinju Asia, (WBC) tahun ini menerusi Kejohanan Tinju Antarabangsa kategori Light Heavyweight Asia 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru bermula hari ini.

Kejohanan ini memberi peluang buat Farkhan untuk merebut tali pinggang kedua dalam karier profesionalnya selepas berjaya memiliki tali pinggang yang sama pada julai tahun lalu.

Namun laluan untuk Farkhan merangkul kejuaraan bukan mudad kerana peninju berpengalaman dari Emiriah Arab Bersatu, UAE Sheikh Kaseba antara halangan terbesarnya dikejohanan ini.

Kaseba mempunyai 6 rekod kemenangan, dua kalah dan dua seri di peringkat asia berbanding farkhan yang baru menyertai peninju secara profesional di peringkat antarabangasa.

Bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Fakhan apabila mengadakan latihan di Uzbekistan dan indonesia sebagai persiapan menentang Sheik Kaseba.

“Sebelum ini saya tidak pernah jumpa dengan sheikh ini, ini pertama kali saya rasa dia nak menang saya pun nak menang so saya akan berikan yang terbaik untuk bawa balik tali pinggan ini di bumi johor,” kata Farkhan.

Tambah Farkhan, beliau bersama jurulatihnya turut mengkaji pesaing yang lain menerusi analisis video untuk mengetahui kemahiran mereka.

“Saya pun ada taktikal, kita punya strategi tersendiri hadapi lawan dan saya rasa dengan latihan di Uzbekistan 3 minggu dan ‘sparing section’ yang dilakukan, saya yakin terhadap persembahan pada sabtu.”

Beliau juga mengharapkan sokongan daripada orang ramai untuk menambah semangatnya beraksi di laman sendiri dalam misi merangkul tali pinggang Kejuaraan Asia itu.

Kejohanan tersebut disertai 12 peninju daripada 6 negara antaranya dari Thailand, Indonesia, Filipina,

- Advertisement -