Juara empat kali Tour de France dari Great Britain, Chris Froome berharap penganjur bagi jelajah berbasikal bertaraf Grand Tour, Tour de France mampu untuk mencari solusi bagi mengatasi isu kehadiran penonton yang ramai.

Saingan jelajah terbesar dunia itu dijadual bermula pada 29 Ogos depan selepas ditunda daripada tarikh asal, 27 Jun.

Perancis ketika ini telah merekodkan 24 895 kematian dan 168 693 jangkitan Covid 19 dan kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar sehingga September.

Bagi Froome, platform media menerusi siaran langsung dilihat sebagai cara terbaik untuk memberi peluang kepada semua peminat sukan berbasikal untuk menyaksikan perlumbaan ini selain mengatasi masalah perhimpunan ramai.

Daripada satu aspek lain, Froome juga menjangkakan senario TdF berbeza berbanding edisi edisi lalu dimana disetiap laluan pastinya akan ada kelibat orang awam untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi sokongan.

Chris Froome menjuarai TdF pada 2013, 2015, 2016 dan 2017. Beliau sedang memburu satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod yang dipegang empat pelumba, Jacques Anquetil, Eddy Merckx, Bernard Hinault dan Miguel Indurain yang memenangi lima gelaran.

 

 

 

- Advertisement -