Pasangan bergu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei menaiki podium pertama bagi tahun 2024 selepas muncul naib juara Thailand Masters yang berlangsung petang tadi.

Tang Jie – Ee Wei yang turun selaku pilihan kedua, gagal untuk menyaingi kemampuan gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama, Dechapol Puavanukroh – Sapsiree Taerattanachai apabila tunduk straight set 12-21, 18-21.

Ini adalah pertemuan keenam kedua dua pasangan bergu campuran ini dimana Dechapol – Sapsiree mengungguli saingan dengan lima kemenangan.

Ini adalah pertemuan kedua ‘gangster’ negara dengan pasangan Thailand bagi tahun 2024 dimana pertemuan pertama adalah bulan lalu ketika di pusingan kedua di Terbuka India bulan lalu.

- Advertisement -