indo.open

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain perseorangan lelaki, Goh Soon Huat menjadi wakil tunggal negara melepasi pusingan kelayakan untuk ke undian utama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia.

Di pusingan kelayakan pertama, beliau mengatasi  wakil Denmark, Rasmus Fladberg straight set 21-6, 21-15.

Goh Soon Huat mengesahkan slot ke undian utama selepas menundukkan pemain Indonesia, Muhd Bayu Pangisthu di pusingan kelayakan kedua straight set 21-14, 21-6 dalam masa 25 minit.

Beliau akan berdepan pemain dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada 1 Jun nanti.

Jejak Goh Soon Huat bagaimanapun gagal diekori seorang lagi perseorangan negara, Zulhelmi Zulkifli apabila tewas di pusingan pertama kepada pemain Scotland, Alistair Casey 21-17, 21-16.

Sementara dua wakil beregu lelaki gagal melayakkan diri ke undian utama selepas terkandas di pusingan kedua, peringkat kelayakan.

Lee Jian Yi, Lim Zhen Ting yang diletak selaku pilihan keempat menang straight set 21-9, 21-8 ke atas gandingan muda Indonesia, Nathaniel Ernestan Sulistyo, Hendra Tandjaya.

Namun terkandas dipusingan kedua selepas kecundang kepada  satu lagi pasangan Indonesia, Calvin Cristanto, Bagas Maulana straight set 21-19, 21-19.

Nasib yang sama turut menimpa satu lagi beregu muda negara, Zulfaiz Zulkifli, Zulhelmi Zulkifli yang tewas kepada satu lagi gandingan tuan rumah, Akbar Bintang Cahyono, Angger Sudrajat 21-14, 21-9.

Hari ini, hanya satu sahaja wakil negara beraksi hari ini, beregu campuran negara, Chan Peng Soon , Goh Liu Ying berdepan tugas getir , bertemu pilihan pertama dari China, Zhang Nan, Zhao Yun Lei.

- Advertisement -