• Kelab EPL, Everton menawarkan £40 juta untuk mendapatkan pemain tengah, Allan namun Napoli hanya akan melepaskan pemain berusia 29 tahun itu jika bersetuju dengan harga sekitar £60 juta.

 

  • Pemain tengah Brazil, Philippe Coutinho mungkin tidak akan meneruskan kariernya di Bayern Munich selepas kelab itu tidak berhasrat untuk menandatangani pemain itu secara kekal. The Bavarians membuka tawaran kepada tiga kelab EPL, Chelsea, Arsenal dan Tottenham.

  • Penyerang Inter Milan, Mauro Icardi hampir pasti melengkapkan penghijrahan ke Perancis dan beraksi bersama kelab Paris St Germain dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £54 juta

 

 

  • Manchester City menjadi pemain sayap Bayer Leverkusen, Leon Bailey sebagai sasaran untuk dibawa ke Stadium Ettihad sekaligus menggantikan Leroy Sane yang sedang dipikat Bayern Munich

 

  • Barcelona terpaksa membuat pusingan ‘u’ dengan membenarkan Ousmane Dembele ‘keluar’, tetapi hanya untuk pinjaman bagi memulihkan struktur kewangan kelab yang semakin parah

 

 

  • Inter Milan berhasrat untuk mendapatkan bintang Barcelona, Lionel Messi dan sanggup untuk menawarkan kontrak yang lebih lumayan berbanding apa yang Messi terima di Nou Camp. Messi yang kini dilabel sebagai pemain terbaik dunia pernah menyatakan untuk tidak berhijrah ke mana mana dan kekal bersama The Catalan.

  • Pemain tengah Chelsea, Jorginho mungkin akan kembali semula ke Itali selepas dikatakan gagal mendapat tempat kesebelasan utama The Blues dibawah kendalian Frank Lampard. Beliau dibawa ke STamford Bridge oleh Maurizio Sarri tidak menolak mungkin akan ke Juventus.
- Advertisement -