Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak lagi berminat untuk menyertai temasya sukan Para ASEAN 2020 di Filipina.

Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin seolah olah memprotes cadangan Majlis Paralimpik Thailand, untuk menganjurkan temasya itu dalam skala yang kecil.

Datuk Seri Megat ketika berkata kepada Bernama TV menjelaskan MPM tidak berhasrat untuk mengambil bahagian di APG 2020 sebaliknya memberi tumpuan terhadap persiapan APG 2021 Vietnam dan Program Road to Tokyo.

Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) telah menerima surat daripada Majlis Paralimpik FIlipina (PPC) berhubung pembatalan APG 2020 susulan pandemik Covid 19.

Filipina telah menunda APG 2020 bermula Januari sebelum ditunda kali kedua ke Mac dan kali ketiga dibuat susulan penularan Covid 19 yang memaksa kesemua aktiviti sukan termasuk kejohanan di Filipina dibatalkan sepanjang tahun ini.

 

- Advertisement -