Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mensasarkan lebih ramai golongan remaja untuk membanjiri Stadium Axiata Arena, kira kira 300 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil dipilih dan berpeluang untuk beramah mesra bersama sama bekas pemain kebangsaan, Hafiz Hashim dan perseorangan wanita muda negara, S Kisona.

Nama Hafiz Hashim cukup gah ketika 2003 dimana pemain kelahiran Kita Bharu, Kelantan ini menjuang trofi Seluruh England selepas menewaskan Cheng Hong straight set 17-14, 15-10.

“Menerusi program seperti ini dapat menaikkan lagi minat para pelajar untuk menceburi sukan badminton malah datang dan memberi sokongan kepada pemain pemain negara di Celcom Axiata Terbuka Malaysia,”katanya lagi.

Kisona yang mejadi perbualan hangat dan dilabel sebagai bintang dalam pembikinan susulan kejayaannya merangkul pingat emas dalam acara perseorangan wanita di Sukan SEA ke 30 di Manila, Filipina penghujung tahun lalu selepas menundukkan pemain Indonesia, Ruselli Hartawan 21-15, 23-21 nyata teruja dengan sambutan dan reaksi yang diberikan para pelajar sepanjang berada di UiTM Dengkil.

“Ini merupakan sesi yang pertama kali pernah saya sertai dan melihat reaksi pelajar pelajar yang teruja untuk memberikan sokongan kepada pemain pemain dan Kejohanan Badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020,”kata S Kisona.

Di program ini, sebanyak 180 keping tiket diberikan oleh Hafiz Hashim dan S Kisona kepada pelajar pelajar bertuah menerusi aktiviti kuiz dan permainan yang disediakan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik, Penyelidikan dan Inovasi, Dr Ikhwan Naim Mad Nawi dan Penolong Pendaftar Kanan, Nor Hisyam Husin.

 

Dalam pada itu, Hafiz Hashim mengharapkan saingan Kejohanan Badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 dimanfaatkan dengan sebaik baiknya pemain negara apatah lagi beraksi di laman sendiri.

Kehadiran pemain pemain terbaik dunia yang akan berkamupung di Axiata Arena bermula 31 Mac sehingga 5 April depan bukan hanya mahu memburu gelaran juara, tetapi mencari mata semaksima yang mungkin untuk mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung pada Julai nanti.

“Sudah tentu saya menaruh harapan terutama pemain pemain muda negara khususnya kerana kita perlu mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik sehingga bulan April.

“Justeru saya mengharapkan mereka untuk mempamer prestasi yang terbaik untuk meningkatkan mata ke Olimpik Tokyo,” kata Hafiz.

Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 merupakamn kejohanan bertaraf Super 750 dalam kalendar Pesekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US 750 000.

Kejohanan ini menyaksikan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain paling banyak merangkul gelaran juara dalam acara perseorangan lelaki, iaitu 12 kejuaraan.

Tiket sudah mula dijual secara atas talian menerusi laman sesawang https://myticket.asia/ atau pembelian di kaunter tiket di Axiata Arena ketika hari perlawanan bermula 31 Mac.

 

- Advertisement -