Kejohanan badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir menyaksikan Lok Hong Quan mengesahkan status selaku juara perseorangan lelaki bawah 16 tahun.

Pemain berusia ## tahun ini menang ke atas Muhammad Faiq dalam aksi tiga set, dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-10

“Lawan saya di final harti sangat sukar kerana cara permainan dia baik dan smash yang pantas. Tetapi saya berpesan kepada diri sendiri untuk bertahan dan cuba menang perlawanan ini.

“Jurulatih mahu saya tumpukan terhadap aspek kekuatan dan tingkatkan lagi stamina,” kata Lok Hong Quan.

Sementara itu aksi melibatkan perseorangan perempuan bawah 16 tahun menjadi milik Siti Zulaikha Azmi Tan (BAM) yang menundukkan wakil Pulau Pinang, Oo Shan Zi straight set 21-16, 21-19 dalam masa 35 minit.

‘Sudah tentu saya berpuas hati dengan permainan kali ini dan terima tentangan sengit daripada lawan. Banyak lagi yang perlu saya tingkatkan terutama stamina dan kualiti permainan.

Jurulatih juga melihat kemenangan ini memberi suntikan semangat kepada saya untuk terus maju di kejohanan yang akan datang,” kata Siti Zulaikha

Dalam saingan bergu lelaki bawah 16 tahun pula, gandingan dari BAM, Aaron Tai – Kang Khai Xing menundukkan bergu dari Johor, Siau Yun Hang – Tan Jia Le straight set 21-11, 21-10 untuk mengesahkan status selaku juara.

Manakala pasangan Carmen Ting – Ong Xin Yee menaiki podium selaku juara bergu perempuan bawah 16 tahun selepas menang ke atas Clarissa San – Tan Zhing Hui straight set 21-9, 21-9

Aksi melibatkan saingan perseorangan lelaki bawah 14 tahun menyaksikan Lim Boon Le muncul juara selepas menundukkan Muhd Razin Aqeef dengan keputusan 21-14, 17-21, 21-19

Sementara Genevie Lim pula mengesahkan status selaku juara bagi acara perseorangan perempuan bawah 14 tahun selepas menundukkan Chloe Lam 21-19, 21-15.

Kesemua pemain beraksi dalam peringkat kumpulan secara round robin untuk memburu gelaran juara kumpulan sekaligus mara slot ke suku akhir bagi menentukan siapakah yang bergelar juara bagi edisi 2022.

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 di bahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun perseorangan dan bergu lelaki dan wanita.

100PLUS JET berlangsung sebanyak dua pusingan dimana pemain pemain terbaik bagi setiap kumpulan layak beraksi ke perlawanan 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara.

 

Keputusan Perlawanan

Bawah 16 Tahun

Perseorangan Lelaki

Muhammad Faiq – Lok Hong Quan 21-15, 13-21, 21-10

 

Perseorangan Perempuan

Siti Zulaikha Azmi Tan – Oo Shan Zi 21-16, 21-19

 

Bergu Lelaki

Aaron Tai – Kang Khai Xing lwn Siau Yun Hang – Tan Jia Le 21-11, 21-10

 

Bergu Perempuan

Carmen Ting – Ong Xin Yee lwn Clarissa San – Tan Zhing Hui 21-9, 21-9

 

Bawah 14 Tahun

Perseorangan Lelaki

Lim Boon Le – Muhammad Razin Aqeef 21-14, 17-21, 21-19

 

Perseorangan Perempuan

Genevie Lim – Chloe Lam 21-19, 21-15

 

Bergu Lelaki

Damian Ling Tang Le lwn Ethan Oh Joon Hui lwn Tiew Wei Jie – Tiew Yi Cheng 15-21, 21-17, 21-19

 

Bergu Perempuan

Carine Tee – Tan Xin Yu lwn Teh Xin Ying – Wong Au Mei 21-19, 21-16

 

Bawah 12 Tahun

Perseorangan Lelaki

Marcus Hang Yug Hwei – Khashah Khairul Azlan  21-19, 17-21, 21-17

 

Perseorangan Perempuan

Low Zi Yu – Eva Tham Ann Qi 21-16, 21-9

 

Bergu Lelaki

R Kohgularaj – Marcus Hang Yug Hwei lwn Ng Hao Tong – Wong Yin Heng 21-17, 21-7

 

Bergu Perempuan

Auni Fatihin Azuan – Low Zi Yu lwn Leong Hwi Ling – Mahalakshmi A/P Araventhan 21-9, 21-10

- Advertisement -