khairul.hafiz

Oleh Ku Mohd Lufti

Tatkala si ayah menemani anak berjuang di Sarawak, si ibu menanti khabar gembira di rumah.

Itulah ungkapan dari ibu kepada raja pecut SUKMA 2016, Khairul Hafiz Jantan yang berkongsi cerita kejayaan anaknya semalam.

Norliza Muahmat dan suami tidak meletakkan sebarang harapan kepada anaknya yang terpaksa berkorban termasuk berjauhan daripada keluarga untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, kejayaan anak keduanya itu hanya dikongsi bersama anak bongsunya, Noor Khairina kerana suaminya Jantan Ramli, 48 tahun dan anak sulungnya Khairul Naim berada di Sarawak bagi memberi sokongan moral kepada Khairul Hafiz.

“Dia (Khairul Hafiz Jantan) menjalani latihan di Bbandar Penawar, kemudian ke Bukit Jalil dan bertolak ke Jerman pada hari raya kedua. DIa menjalani latihan dalam seminggu untuk kejohanan di Poland bersama sama jurulatih dia,” kata Norliza.

Tambahnya lagi, Khairul Hafiz menghubunginya dalam keadaan sebak bagi memaklumkan kejayaannya yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter.

Khairul Hafiz juga mempunyai azam untuk pecahkan rekod dalam acara 200 meter Tan Sri Dr. M. Jegathesan.

Semalam, Khairul Hafiz Jantan melintasi garisan penamat dalam saingan akhir acara berkenaan di Stadium Sarawak dengan catatan 10.18 saat, sekali gus memadamkan rekod lama 10.30 saat yang dicipta Watson Nyambek pada Sukan Pra-Komanwel 1998.

- Advertisement -