Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dilangsungkan pada penghujung Julai tahun depan mula mencetuskan pelbagai persepsi dan persoalan terutamanya di Jepun.

Susulan pandemik Covid 19 yang masih belum menampakkan sebarang tanda tanda bakal berakhir, Jepun seakan akan menekan butang panik.

Meskipun tempoh penganjuran kira kira 13 bulan lagi, Jepun tampak resah kerana pakar pakar di negara matahari terbit itu menjangkakan Covid 19 mungkin berlarutan untuk satu tempoh yang lama.

Jepun mencatatkan jumlah kes 14 571 dengan 474 kematian. Sementara 3205 direkodkan sebagai telah pulih manakala 10 892 lagi adalah kes yang masih aktif.

Justeru, jika Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetap diteruskan, kesemua atlet, pegawai dan sesiapa sahaja yang akan turun ke Jepun perlu menjalani proses saringan yang cukup ketat termasuk proses kuarantin.

Keresahan Jepun juga adalah terhadap negara negara yang berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil serta negara negara yang merekodkan kes yang tinggi.

Ia sekaligyus akan mewujudkan pertandingan yang tidak seimbang dan mungkin menimbulkan pelbagai reaksi.

Atlet bagi negara negara ini berkemungkinan tidak dibenarkan untuk menyertai acara acara tertentu.

Profesor di Unversiti Pengkhususan Perubatan Keio, Norio Sugaya berpendapat Jepun berdepan cabaran yang sukar untuk menganjurkan Olimpik.

Beliau menjangkakan tempoh untuk mengawal sepenuhnya penularan jangkitan Covid 19 adalah sekitar dua tahun.

Malah, kesemua pihak yang terlibat secara langsung bagi penganjuran Olimpik Tokyo 2020 perlu sekurang kurang tiba sebulan lebih awal untuk proses ujian, saringan dan kuarantin.

Situasi itu dijangka menaikkan lagi kos yang perlu ditanggung Jepun untuk menyediakan kelengkapan dan fasiliti yang secukupnya.

Jika sukan Olimpik gagal dilaksanakan pada 2021, ia bermakna tiada penganjuran Sukan Olimpik akan diadakan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) optimis Tokyo 2020 akan dilangsungkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Ahli IOC yang berpengkalan di India, Narinder Batra yang juga Presiden Olimpik India (IOA) meskipun dunia sedang berperang menangani Covid 19.

Batra berkata segala pandangan daripada pakar perubatan menerusi laporan media tempatan berhubung kesukaran dan cabaran getir yang perlu ditempuh oleh Jepun tidak perlu diambil serius, tetapi beliau optimis Tokyo 2020 akan dilangsungkan pada penghujung Juali 2021.

Batra yakin penyelesaian berhubung isu Covid 19 akan selesai diantara September dan Oktober tahun ini, justeru tiada sebarang alasan Olimpik tidak mampu untuk dilaksanakan.

Suruhanjaya koordinasi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk Sukan Olimpik Tokyo, John Coates dari Australia, bagaimanapun, tidak setuju dengan cadangan bahawa vaksin untuk COVID-19 diperlukan untuk mengadakan Sukan tersebut. 

 

 

 

 

 

 

- Advertisement -