Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah Sabri

Oleh Ku Mohd Lufti

Hanya kesilapan di terjunan ke empat meranapkan impian penerjun negara, Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah Sabri untuk merangkul pingat gangsa dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama awal pagi tadi.

Gandingan Dhabitah dan Jun Hoong cemerlang pada tiga terjunan awal apabila mengumpul 49.80, 47.40 dan 71.10 mata.

Impian untuk mengaut gangsa musnah apabila terjunan keempat tidak begitu kemas dan hanya mendapat 60.30 mata sekaligus meletakkan duo Malaysia di tangga keempat.

Catatan 68.40 diterjunan terakhir sekadar meletakkan Malaysia ditangga kelima daripada 8 pasukan dengan catatan keseluruhan, 293.40 mata.

Pingat emas dimenangi gandingan China, Shi Tingmao, Wu Minxia yang mengumpul 345.60 mata diikuti Itali menerusi duo mereka,Tania Cagnotto dan Francesca Dallape’ yang mencatat 313.83 mata.

Pingat gangsa milik Australia selepas Madison Keeney, Anabelle Smith mengumpul 299.19 mata.

Masih ada peluang untuk Malaysia meraih pingat menerusi acara berpasukan, dimana Jun Hoong akan bergandingan dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong dalam acara 10 Meter Platform seirama esok.

- Advertisement -