Kesabaran dan kerjasama diantara pasukan menjadi kunci kejayaan pasukan Junior Avengers untuk mengesahkan status sebagai juara Kejohanan Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Junior Avengers mendominasi saingan hari terakhir membenam Junior Terminators 8-4 sekaligus menghuni tangga teratas.

Pasukan Junior Avengers yang dipimpin Jacky Kok Jing Hong selaku kapten mendahului menerusi Chan Wen Tse-Siti Zulaikha Azmi yang menundukkan Adiyna Anuar-Ong Xin Yee 15-9, 13-15, 15-12, namun Terminators bangkit mendahului 2-1 menerusi Jimmy Wong-Cheng Su Yin yang menundukan Jacky Kok-Go Pei Kee 15-13, 14-15, 15-8 sebelum Muhammad Faiq Haziq-Owen Low menundukkan Chee Hong Wei-Lee Yen Wei 14-15, 15-8, 15-14 untuk Terminators mendahului 2-1.

Avengers sekali lagi mempamer aksi cemerlang apabila membolot enam mata selepas itu untuk mendahului 7-2.

Tiga mata dihasilkan menerusi perseorangan lelaki menerusi Eogene Ewe Eon yang menewaskan Dylan Ooi 13-15, 15-11,15-12 diikuti V. Poopathi yang menang ke atas Muhammad Fazriq Mohd Razif  9-15, 15-3,15-11 serta Jan Jireh Lee yang menundukkan Kee Is Qian 15-5, 15-13.

Dua lagi mata menerusi perseorangan wanita, oleh Siti Nurshuhaini Azman dan Chan Wen TSe yang menang ke atas lawan masing masing manakala 1 mata disumbang bergu lelaki menerusi Beh Chun Meng-Liew Xun yang menang ke atas Bryan Jeremy+Muhammad Haikal Hanafi 15-12, 15-14.

Ong Xin Yee dan Muhd Faiq Haziq memberikan mata untuk Junior Terminators selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing untuk kedudukan 4-7 namun Cheng Su Hui-Go Pei Kee memastikan mata penting untuk Avengers selepas menang ke atas gandingan Lee Xin Jie-Oh Jia Qi 15-9, 15-7 untuk keputusan akhir memihak Junior Avengers 8-4.

Junior Avengers dan Junior Terminators berkongsi dua mata, namun dibezakan dengan jumlah set yang dimenangi dalam kesemua perlawanan.

“Saya akan pastikan rakan rakan dapat peluang untuk bermain dan berikan ruang kepada mereka untuk memilih sendiri acara yang mahau dipilih.

“Peluang dilihat 50 50 kerana saya tahu pasukan lawan juga akan memberikan tentangan yang sengit dan saya tidak fikir tentang soal juara dan tidak juga menjangka untuk muncul juara dikejohanan ini,”kata Jacky Kok Jing Hong yang turut membantu pasukan Avengers ketika saingan Berpasukan Campuran BAM yang berlangsung pada penghujung November lalu.

Tempat ketiga pula milik Junior Transformers yang melakar kemenangan 7-5 ke atas Junior Dominators.

Dominators yang dipimpin Ong ken Yon mendominasi di awal apabila mendahului 4-0 menerusi kemenangan yang diraih antaranya Goh Boon Zhe-Low Yeen Yuan (bergu campuran) dan Carmen Ting-Oo Shan Zi (bergu wanita).

Aaron Tai menghadirkan mata pertama untuk Transformers selepas menang ke atas Ayu Fu Sheng 15-9, 15-14 disusuli mata kedua yang disumbang Kok Jia Cheng-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi  yang menundukkan Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean 15-12, 8-15, 15-11 utuk kedudukan 2-4.

Carmen Ting menghadiahkan mata kelima Dominators selepas menewaskan lim Yi Wei 15-9, 15-4.

Namun, Transformers membolot baki lima mata terakhir dimana dua mata terhasil menerusi perseorangan lelaki, Justin Hoh yang menang ke atas Chia Jeng Hon 15-13, 11-15, 15-12 serta Low Han Chen yang menang ke atas Ferdinan Ramno 15-12, 15-12 sebelum dua perseorangan wanita Tan Zhing Hui yang menundukkan Oo Shan Zi 15-13, 15-11 dan Khor Jing Wen mengatasi tan Zhing Yi untuk menutup saingan dengan kemenangan mutlak memihak Transformers 7-5.

“Keseluruhan pemain pemain berikan tentangan sebaik mungkin. Walaupun berada di tangga ketiga tetapi semangat kami tetap membara.

“Jadi kapten memerlukan saya untuk jaga perasaan semua pemain dan pastikan mereka bermain. Ia merupakan pengalaman yang baik untuk saya tentang cara permainan berpasukan,” kata kapten Junior Transformers, Justin Hoh

 

Keputusan Perlawanan

Junior Terminators – Junior Avengers: 4-8

WD2 Adiyna Anuar+Ong Xin Yee – Chan Wen Tse+Siti Zulaikha Azmi (9-15, 15-13, 12-15) 0-1
XD Jimmy Wong+Cheng Su Yin – Jacky Kok+Go Pei Kee (15-13, 14-15, 15-8) 1-0
MD2 Muhammad Faiq Haziq+Owen Low – Chee Hong Wei+Lee Yen Wei (14-15, 15-8, 15-14) 1-0
MS1 Dylan Ooi – Eogene Ewe Eon (15-13, 11-15, 12-15) 0-1
MS2 Muhammad Fazriq Mohd Razif – V. Poopathi (15-9, 3-15, 11-15) 0-1
WS1 Siti Nurshuhaini Azman- Lim Shin (15-8, 14-15, 11-15) 0-1
MD1 Bryan Jeremy+Muhammad Haikal Hanafi- Beh Chun Meng+Liew Xun (12-15, 14-15) 0-1

MS3 Kee Is Qian – Jan Jireh Lee (5-15, 13-15) 0-1
WS2 Shaneesa Shahidi – Chan Wen Tse (8-15, 12-15) 0-1
WS3 Ong Xin Yee – Siti Zulaikha Azmi (14-15, 15-9, 15-8) 1-0
WD1 Lee Xin Jie+Oh Jia Qi – Cheng Su Hui+Go Pei Kee (9-15, 7-15) 0-1
MS4 Muhammad Faiq – Yeow Chun Cher (11-15, 15-14, 15-10) 1-0

Junior Transformers – Junior Dominators: 7-5

XD Justin Hoh+Khor Jing Wen – Goh Boon Zhe+Low Yeen Yuan (13-15, 13-15) 0-1
WD2 Lim Yi Wei+Tan Zhing Hui – Carmen Ting+Oo Shan Zi (11-15, 11-15) 0-1
MD2 Kong Teck Joon+Lim Wei Hou – Ferdinan Ramno+Lok Hong Quan (12-15, 13-15) 0-1
MS2 Hanz Haiqal Azahawari – Ong Ken Yon (6-15, 15-14, 7-15) 0-1
MS3 Aaron Tai – Ayu Fu Sheng (15-9, 15-14) 1-0
MD1 Kok Jia Cheng+Wan Muhammad Arif Wan Junaidi – Goh Boon Zhe+Wong Vin Sean (15-12, 8-15, 15-11) 1-0
WD1 Joanne Ng+Valeree Siow – Low Yeen Yuan+Tan Zhing Yi (13-15, 15-10, 15-11) 1-0
WS2 Lim Yi Wei – Carmen Ting (9-15, 4-15) 0-1
WS3 Tan Zhing Hui – Oo Shan Zi (15-13, 15-11) 1-0
MS1 Justin Hoh – Chia Jeng Hon (15-13, 11-15, 15-12) 1-0
MS4 Low Han Chen – Ferdinan Ramno (15-12, 15-12) 1-0
WS1 Khor Jing Wen – Tan Zhing Yi (13-15, 15-10, 15-8) 1-0

- Advertisement -