Pertandingan sukan berpenonton termasuk perlawanan bola sepak seperti Piala Malaysia akan dibenarkan mulai 1 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, ini bergantung kepada kawalan pergerakan di kawasan terbabit.

Jelasnya, aktiviti sukan dan rekreasi serta pertandingan sukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dibenarkan dengan maksimum 4,000 penonton atau 10% daripada kapasiti stadium, yang mana lebih rendah.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah meyuarakan kebimbangan mengadakan perlawanan sukan seperti Piala Malaysia kerana akan ada hubungan fizikal antara pemain. – Oleh Siti Zafirah Kamal

- Advertisement -