Bekas bintang Manchester City, Sun Jihai menuduh jurulatih asing yang ke China hanya untuk menerima tawaran lumayan dan tidak membantu negara tembok besar itu mengejar impian untuk layak ke Piala Dunia.

Ini susulan selepas pasukan Liga Super China, Guoan Beijing melantik Slaven Billic dimana beliau mengakui bahawa tawaran “kewangan” memainkan peranan dalam penghijrahan beliau.

Bekas pengurus West Bromwich Albion menjadi jurulatih luar terbaru dalam Liga Super China selain Fabio Cannavaro di Guangzhou Evergrande and Rafael Benitez di Dalian Pro.

Sun, 43, pemain pertahanan yang berkhidmat untuk City dari tahun 2002-2008 dalam satu wawancara televisyen mempersoalkan apakah peningkatan mutu bola sepak China selama ini dari mandapat khidmat jurulatih asing tersebut.

Walaubagaimanpun, Sun sendiri turut mengakui akan membuat perkara yang sama jika ditawarkan untuk menjadi jurulatih import.

Kelab-kelab Liga Super China beberapa tahun kebelakangan ini mendapat reputasi untuk perbelanjaan yang berlebihan terutama bagi mendapat khidmat pemain serangan import seperti Oscar ke Shanghai SIPG yang menelan belanja 60 juta Euro.

Tambah Sun yang kini merupakan Naib Pengerusi FA Wilayah Xinjiang, pemain import hanya ditugaskan untuk menyerang dan bukannya pertahanan dan ini boleh memburukan mutu bola sepak China.

Apabila ditanya apa yang akan dilakukan beliau jika ditugaskan sebagai jawatankuasa Liga Super China, Sun menegaskan akan memberi focus kepada pembangunan akar umbi.

China mempunyai cita-cita untuk menjadi tuan rumah serta menjulang Piala Dunia suatu hari, tetapi kini negara itu berada di tempat ke-75 dalam ranking dunia FIFA.

China membuat satu-satunya kemunculan di Piala Dunia adalah pada tahun 2002. – Oleh Siti Zafirah Kamal

- Advertisement -