Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, yang juga merupakan Pengurus Pasukan Lelaki Kebangsaan, Datoā€™ Ahmad Najmi Abdul Razak, hari ini secara rasminya menyenaraikan barisan 20 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan ke Kejohanan FIH Piala Negara-Negara (Nations Cup) 2023-2024 di Gniezno, Poland.

Kejohanan yang membuka tirai pada 31 Mei hingga 9 Jun 2024 itu akan menjadi medan ujian kedua buat pasukan negara di mana edisi kedua Nations Cup ini menyaksikan Malaysia diletakkan di dalam Pool B bersama Perancis, Pakistan dan Kanada. Edisi pertama pada 2022, Malaysia telah menamatkan kejohanan di kedudukan keempat.

Menerusi senarai 20 pemain yang diumumkan, The Speedy Tigers akan menampilkan tujuh  pemain yang tidak beraksi di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, selain enam daripada senarai pemain tersebut akan meraih caps anatarabangsa pertama mereka sekiranya diturunkan.

Penjaga gol, Muhamad Zaimi Mat Deris, tiga pemain pertahanan, (Muhamad Faris Harizan, Muhamad Kamarulzaman Kamaruddin dan Muhammad Arif Syafie Ishak), pemain tengah, (Syawal Abd Razak) serta dua penyerang, (Naaveennash Panicker Thevendran dan Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi), merupakan tujuh pemain yang tidak tersenarai di dalam Skuad Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Seperti edisi lalu, walaupun setiap pasukan dibenarkan untuk membawa 20 pemain dalam Kejohanan Nations Cup, namun hanya 18 pemain akan didaftarkan sebagai pemain utama sementara dua pemain akan diletakkan di dalam keadaan bersiap sedia untuk menggantikan mana-mana pemain sekiranya berlaku sebarang kecederaan.

Jelas Datoā€™ Ahmad Najmi Abdul Razak, apa yang dituntut daripada 20 pemain yang telah dipilih bagi kejohanan ini adalah agar setiap pemain dapat memberikan aksi yang terbaik selain tidak gentar dengan cabaran yang akan diberikan oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

ā€œKejohanan ini pastinya akan memberikan pengalaman yang lebih mencabar kepada barisan pemain terutamanya enam pemain yang akan meraih caps antarabangsa pertama mereka. Apa yang pasukan ingin lihat daripada pemain-pemain ini adalah keberanian untuk memberikan tentangan serta bermain dengan baik.

ā€œPemain-pemain ini adalah masa depan Malaysia dan mereka perlu ada rasa tanggungjawab yang tinggi ketika membawa cabaran negara sama ada pemain muda atau yang telah berpengalaman.

ā€œKami ingin melihat satu kerjasama yang baik antara barisan pemain dan kejurulatihan selain pasukan akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan untuk diberikan perhatian,ā€ jelas Datoā€™ Ahmad Najmi.

Turut senada dengan Datoā€™ Ahamd Najmi, ialah Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan, Sarjit Singh yang menyifatkan walaupun tentangan hebat pasti akan dihadapi oleh barisan pemainnya pada kejohanan ini, tetapi cabaran perlu diambil dengan positif.

ā€œCabaran ini perlu diambil dengan baik oleh barisan pemain serta kami perlu mengharunginya dengan sebaik mungkin bagi melepasi pusingan kumpulan dan seterusnya layak ke separuh akhir. Selain itu pemain juga perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk melepasi peringkat kumpulan.

ā€œPasukan ini merupakan pasukan projek jangka masa panjang jadi tiada tekanan buat pemain-pemain terutamanya pemain muda yang akan meraih caps antarabangsa pertama mereka.

ā€œBagaimanapun pemain perlu menonjolkan bakat serta potensi yang mereka miliki ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

ā€œBarisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan pemain ini dapat berkembang dengan secepat mungkin dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara pemain berpengalaman serta pemain muda,ā€ jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang akan menggalas cabaran Malaysia di Kejohanan FIH Piala Negara-Negara (Nations Cup) 2023-2024 di Gniezno, Poland.

NONAMAPOSISINO JERSI
1MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMANPENJAGA GOL21
2MUHAMAD ZAIMI MAT DERISPENJAGA GOL16
3MUHAMMAD MARHAN JALIL (KAPTEN)PERTAHANAN6
4SYED MOHAMAD SYAFIQ  SYED CHOLANPERTAHANAN1
5MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZHARPERTAHANAN29
6MUHAMMAD NAJIB ABU HASSANPERTAHANAN2
7MUHAMAD FARIS HARIZANPERTAHANAN30
8MUHAMAD KAMARULZAMAN KAMARUDDINPERTAHANAN31
9MUHAMMAD ARIF SYAFIE ISHAKPERTAHANAN18
10MOHD FITRI SAARITENGAH7
11NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMITENGAH24
12SHELLO SILVERIUSTENGAH15
13AZIMUDDIN SYAKIR KAMARUDDINTENGAH31
14SYAWAL ABD RAZAKTENGAH20
15FAIZAL SAARIPENYERANG10
16MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMALPENYERANG23
17MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOKPENYERANG11
18MUHAJIR ABDU RAUFPENYERANG26
19NAAVEENNASH PANICKER THEVENDRANPENYERANG28
20NUR RAHULL HRSIKESA THAITCHANA MURUTHIPENYERANG3

Berikut merupakan jadual perlawanan The Speedy Tigers bagi aksi Kumpulan B :

NOHARITARIKHPERLAWANANMASA
1.JUMAAT31 MEI 2024MALAYSIA LWN PAKISTAN5:30 MALAM
2.AHAD2 JUN 2024PERANCIS LWN MALAYSIA9:30 MALAM
3.RABU5 JUN 2024MALAYSIA LWN KANADA9:30 MALAM
  

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -