jdt.fans

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia yang bermesyuarat pada 2 April 2015 telah sebulat suara membuat keputusan yang berikut. Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia bertindak mengikut prinsip yang Ā telah ditetapkan, iaitu sebagai badan persidangan yang terakhir di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hak untuk sesuatu rayuan boleh dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Malaysia.

Ā 

Rayuan Pemain Harimau Muda A (Gary Steven Robbat) Terhadap Hukuman Penggantungan dan Denda

Penggantungan terhadap Gary Steven Robbat yang dijadualkan tamat pada 16 April 2015 telah disingkatkan ke 2 April 2015 yang berkuatkuasa serta merta. Denda berjumlah RM50,000.00 yang dikenakan terhadap Gary dikurangkan kepada RM20,000.00 sahaja. Gary kini dibenarkan menyertai latihan bersama mana-mana pasukan berkuatkuasa serta merta.

 

Rayuan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Terhadap Denda Yang Dikenakan Pada 16 Januari 2015 Kerana Didapati Bersalah Atas Tindakan-nya Mendorong Secara Aktif Ke Arah Pelanggaran Peraturan dan Undang-Undang

Jawatankuasa Rayuan secara sebulat suara telah memutuskan bahawa denda berjumlah RM100,000.00 yang dikenakan terhadap PBNJ telah dikurangkan kepada RM50,000.00 sahaja.

- Advertisement -