Khairul Idham Pawi finished third in Race 2 of the Moto3 class at Catalunya

Khairul Idham Pawi mencipta kegemilangan dalam saingan Kejuaraan Moto3 Junior Dunia apabila pelumba Honda Team Asia itu berjaya melakar dua podium di saingan pusingan ketiga Kejuaraan CEV Repsol FIM di Litar Catalunya, semalam.

Khairul yang bermula dari barisan depan mempamer aksi terbaik apabila berjaya memeberikan saingan di kelompok hadapan sepanjang Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 sebelum berjaya menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan kedua dengan masa 30’03.480s setelah bersaing sengit bersama juara, Aron Canet yang menamatkan perlumbaan dengan masa 30’03.397s manakala pelumba Itali, Nicola Bulega ketiga dengan masa 30’05.162s.

Bekas juara Asia Dream Cup itu sekali lagi beraksi cemerlang pada Perlumbaan 2 apabila saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum masalah jentera pada penghujung perlumbaan menyaksikan Khairul terpaksa beraksi lebih selamat untuk menamatkan 16 pusingan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa 30’08.601s di belakang juara, Joan Mir dan naib juara, Canet, masing-masing dengan masa 30’07.546s and 30’07.618s.

Meskipun sedikit kecewa dengan aksi perlumbaan kedua, pelumba berusia 16 tahun yang turut beraksi bersama pasukan Kozi Yam Honda Racing dalam kelas CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS itu kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 63 mata, sekadar 23 mata di belakang pendahulu, Canet.

“Saya gembira dengan keputusan perlumbaan minggu ini. Saya berterima kasih kepada pasukan dan jurutera yang telah bekerja keras menyiapkan jentera saya. Pada perlumbaan pertama, saya bermula dengan baik dan berjaya memberikan siangan kepada Canet sepanjang perlumbaan namun saya membuat sedikit kesilapan pada saat penting dan kemudiannya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Perlumbaan 2 pula sedikit sukar apabila saya terkepung di dalam kelompok pelumba yang ramai dan terpisah dari pendahulu sebelum terpaksa bekerja keras untuk mengejar mereka. Namun setelah berjaya bberada di kelompok tiga pelumba di hadapan, tayar saya sudah mula bermasalah dan terpaksa mengambil langkah selamat untuk mengawal jentera dengan baik menuju ke garisan penamat. Meskipun begitu, saya sudah cukup berpuas hati dapat sekali lagi menjejakkan kaki di atas podium.”

Pusingan 4 Kejuaraan Moto3 Junior Dunia akan berlangsung di Litar Motorland Aragon (Sepanyol) pada 5 Julai ini.

Keputusan

Perlumbaan 1

1.Aron Canet (ESP) 30’03.397s

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’03.480s

3.Nicola Bulega (ITA) 30’05.162s

4.Albert Arenas (ESP) 30’05.391s

5.Lorenzo Dalla Porta (ITA) 30’05.454s

 

Perlumbaan 2

1.Joan Mir (ESP) 30’07.546s

2.Aron Canet (ESP) 30’07.618s

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’08.601s

4.Nicola Bulega (ITA) 30’15.175s

5.Albert Arenas (ESP) 30’15.236s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Aron Canet (ESP) 90 mata

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 63 mata

3.Nicola Bulega (ITA) 55 mata

4.Joan Mir (SPA) 50 mata

5.Bo Bendsneyder (NED) 48 mata

 

KHAIRUL BAGS A DOUBLE AT BARCELONA

Khairul Idham Pawi put on his best weekend since stepping up to the Moto3 Junior World Championship as the Honda Team Asia rider bagged a pair of podium in the third leg of the FIM CEV Repsol at the Catalunya Circuit on Sunday.

Starting from front row, the Asia Dream Cup graduate got away well in both Race 1 and Race 2 to battle it out at the front of the field. He completed Race 1 in 30’03.480s in a grueling wheel-to-wheel battle with Spaniard, Aron Canet who took the chequered flag in 30’03.397s while Italian, Nicola Bulega completed the podium steps in 30’.05.162s.

Khairul was hoping Race 2 would finally see him secure a victory in the closely fought Moto3 series but a waning bike in the closing stages of the 16-lap race forced him to settle for third with 30’08.601s, behind Joan Mir and Aron Canet who timed 30’07.546s and 30’07.618s respectively.

Although slightly disappointed, the 16-year old was still pleased with his performance that saw him increase his point haul in the overall standings to 63 points, 23 points adrift Aron Canet.

“I’m very happy with the race this weekend and many thanks to the team and engineers who have worked extremely hard to set up of the bike. I had a good start in Race 1 and was able to stick with Canet throughout the race but I made an error in the dying moments and finished second.

“Race 2 was a bit more unfortunate as I got caught up in traffic and had to push really hard to chase the leaders. But once I caught up to them, my tyres had already worn out, making it really hard to control the bike. Rather than take risks, I played it safe and maintained my position to finish third.”

Round 4 of the Moto3 Junior World Championship will take place in Motorland Aragon (Spain), July 5.

 

Results

Race 1

1.Aron Canet (ESP) 30’03.397s

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’03.480s

3.Nicola Bulega (ITA) 30’05.162s

4.Albert Arenas (ESP) 30’05.391s

5.Lorenzo Dalla Porta (ITA) 30’05.454s

 

Race 2

1.Joan Mir (ESP) 30’07.546s

2.Aron Canet (ESP) 30’07.618s

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’08.601s

4.Nicola Bulega (ITA) 30’15.175s

5.Albert Arenas (ESP) 30’15.236s

 

Overall Standings

1.Aron Canet (ESP) 90 points

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 63 points

3.Nicola Bulega (ITA) 55 points

4.Joan Mir (SPA) 50  points

5.Bo Bendsneyder (NED) 48 points

- Advertisement -