seagf (1)

Oleh Muhammad Aiman

KHAIRY terima sebarang keputusan SEAGFMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sedia menerima apa sahaja keputusan dibuat Majlis Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) berhubung cadangan penganjuran secara serentak temasya Sukan Sea dan Para Asean Kuala Lumpur 2017.

Meskipun masih menaruh harapan agar cadangan itu akan diterima, beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran kedua-dua temasya itu berkata, “Kita tiada masalah sama ada buat serentak atau dua minggu selepas, bagi jawatankuasa penganjuran kita sentiasa bersedia.

“Walaupun kita bersedia untuk anjurkan kedua-dua temasya pada masa sama, kita kena ambil pandangan negara-negara lain. Mereka juga ada kebimbangan dari segi teknikal, dan ada negara kata jurulatih untuk atlet Sukan Sea dan Para adalah sama. Semua ini perlu kita pertimbangkan sebelum buat keputusan muktamad.”

Khairy terdahulu mengemukakan rayuan dan membentangkan hujah beliau untuk menyokong kedua-dua  temasya dianjurkan serentak dalam mesyuarat SEAGF hari ini selepas mesyuarat exco SEAGF pada Rabu sebulat suara menolak cadangan tersebut.

- Advertisement -