kuantan.hockey

Oleh Ku Mohd Lufti

Mengulas tentang pemilihan venue bagi kejohanan Hoki Trofi Asia, Datuk Seri Subahan Kamal menetapkan Kuantan sebagai lokasi pertandingan yang dijadual bermula dari 19 hingga 30 Oktober.

Faktor masa menjadi kekangan buat KHM dalam membuat pilihan meskipun Malaysia mempunyai venue venue lain seperti di Ipoh, dan Johor Bahru yang dilihat mempunyai kehadiran penyokong yang positif.

“Kami memutuskan untuk memberi penganjuran kejohanan kepada Kuantan kerana faktor kesuntukan masa. Tetapi selepas ini kami akan membuka peluang kepada mana mana negeri untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan kejohanan tertentu selepas ini.”

Persekutuan Hoki Antarabangsa, FIH memutuskan untuk menjadikan kejohanan ini sebagai salah satu peluang buat negara negara asia untuk meraih mata bagi kelayakan ke sukan Olimpik.

Asia tidak mempunyai banyak pertandingan kompetitif untuk mengumpul mata kelayakan olimpik selain Piala Asia dan Sukan Asia.

- Advertisement -