nations.cup.2016Oleh Ku Mohd Lufti

Kapten pasukan skuad bawah 22 tahun Malaysia Mohd Faris Shah Mohd Rosli mahu rakan rakan sepasukan mengekalkan momentum seperti yng dilakukan ketika dua perlawanan persahabatan pertama dengan skuad bawah 22 tahun Filipina dan pasukan senior Nepal di Kejohanan Bolasepak Piala Negara Negara Jun depan.

Malah, Faris mahu menganggap kejohanan ini hampir sama seperti Sukan SEA kerana disertai pasukan Thailand, Vietnam dan Singapura.

“Selain beraksi di laman sendiri juga menjadi kelebihan buat kami, keserasian bermain bersama dalam satu pasukan juga menjadi faktor untuk kami melakukan yang terbaik dan berharap mendapat sokongan penuh daripada semua pihak,” kata Mohamad Faris (kanan, di gambar utama).

Malaysia akan menentang Singapura manakala Vietnam berdepan Thailand pada perlawanan pembukaan, 3 Jun ini.

Pemenang perlawanan akan terus mara ke final manakala pasukan yang kalah akan bersaing dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, selang dua hari kemudian.

Pada masa sama, pemain yang beraksi untuk posisi pertahanan turut mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah kemampuan lawan.

 “Jurulatih (Frank Bernhardt) sentiasa ajar kami supaya berdisiplin ketika menghadapi lawan termasuk tidak memandang mudah kepada lawan,” tambah Mohamad Faris Shah.

- Advertisement -