Goh Jin Wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Pasangan bergu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengesahkan slot ke suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Master Indonesia selepas menewaskan gandingan tuan rumah, WirawanAfiat Yuris/ Melati Nadya dalam pertarungan tiga set, 18-21, 22-20, 21-16.

Kian Meng dan Pei Jing yang diletak selaku pilihan ketiga kejohanan akan berdepan satu lagi gandingan dari Indonesai, Nughoro Lukhi Apri/Amelia Ririn untuk memburu slot ke separuh akhir.

Satu lagi bergu negara turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas melepasi pusingan kedua hari ini.

Pemain yang beraksi dari pusingan kelayakan bergu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Sheng mengatasi satu lagi pasangan yang turut beraksi di pusingan kelayakan Sugiarto Yohanes Rendy-Wirawan Afiat Yuris dari Indonesia.

Kah Ming dan Juan Sheng turut dipaksa bertarung tiga set sebelum mengesahkan kemenangan ke peringkat suku akhir dengan keputusan 21-15, 16-21, 21-13.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei menepati ramalan, mara ke suku akhir bagi perseorangan wanita selepas membenam cabaran wakil tuan rumah, Putri Desandha Vegarani straight set 21-17, 21-10.

Jin Wei yang diletak selaku pilihan kelapan kejohanan akan bertemu wakil China, Gao Fangjie yang mengejutkan pilihan keempat, Liang Xiaoyu 11-21, 21-17, 21-15.

- Advertisement -