Kekalahan malam tadi jelas bukan seperti yang dimahukan oleh pengendali skuad bawah 22 tahu negara, Datuk Ong Kim Swee.

Selain tewas, Kim Swee turut kehilangan pemain tengah, Danial Haqim Draman yang dilayangkan kad merah sekaligus menambahkan tekanan menjelang aksi kedua menentang Indonesia esok.

“Kita gagal untuk beraksi dengan baik. Untuk aksi kedua nanti kita perlu bangkit dan saya percaya pemain pemain mampu menggalas tugas mereka dengan baik.

“Jelas sekali kad merah membunuh rentak permainan pasukan…Selepas Nik Akif Syahiran Nik Mat dimasukkan, permainan bertambah baik. Tetapi berlawan dengan pasukan yang mempunyai 11 pemain berbanding kami kurang seorang pemain, ia sangat sukar,”kata Kim Swee.

 

Mahu atau tidak, skuad negara perlu meraih mata iaitu sekurang kuragnya seri menentang Indonesia andai mahu menghidupkan peluang ke separuh akhir.

- Advertisement -