Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) mengorak langkah dalam misi membangunkan bakat-bakat muda menerusi jalinan kerjasama dengan dengan Ban Thong Yord Badminton School (BSS) yang berpengkalan di Bangkok, Thailand.

Kerjasama melibatkan tempoh lima tahun bermula tahun ini sehingga 2026 di mana KLBA akan menghantar lima pemain terbaik Persatuan ke kelab itu selama sebulan.

Presiden KLBA, Dato’ Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos berharap, ini merupakan titik mula buat persatuan yang mahu melahirkan pemain-pemain yang lebih berkualiti selaras dengan misi barisan kepimpinan baharu untuk memperkasa program pembangunan.

“Kita berharap untuk bekerjasama dengan lebih banyak lagi kelab kelab badminton dari luar negara dengan hasrat berkongsi idea dan pandangan terutama sistem latihan pemain-pemain muda kita dan pada masa yang sama menyuntik idea baharu kepada barisan kejurulatihan,” kata Dato’ Sri Dr. Jahaberdeen.

Ban Thong Yord Badminton School merupakan kelab badminton yang pertama ditubuhkan di Thailand pada 1991 telah melahirkan jaguh badminton Thailand iaitu Ratchanok Intanon dan Kunvalut Vitidsarn.

Majlis memeterai perjanjian diantara KLBA dan BBS berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil yang dihadiri Dato’ Sri Dr. Jahaberdeen selaku wakil KLBA dan juga Pattapol Ngernsrisuk yang merupakan Pengarah BSS.

Persatuan Badminton Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1980 di mana Wong Eng Kiong menerajui organisasi sehingga 1984 sebelum Dato’ Punch Gunalan mengambil alih tugas itu sehingga 2008.

KLBA juga menjadi salah satu tunjang buat BAM dalam melahirkan bakat-bakat muda yang berkualiti seperti Wong Choong Hann yang kini menggalas tugas sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM, Datuk Rashid Sidek, pemain bergu lelaki negara yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Soh Wooi Yik dan pemenang pingat emas sukan Paralimpik Tokyo 2020 bagi acara badminton kelas SU5, Cheah Liek Hou.

- Advertisement -