Penganjur saingan domestik Sepanyol, La liga memberi lampu hijau kepada kelab-kelab bertanding untuk menjalani latihan melibatkan kumpulan pemain lebih besar seramai 10 orang bermula hari ini.

Kerajaan Sepanyol telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi membolehkan sesi latihan diperluaskan kepada semua kelab.

Pengumuman itu pastinya amat dinantikan oleh kelab gergasi antaranya Real Madrid,Barcelona dan Atletico Madrid.

Presiden La Liga, Javier Tebas berharap agar semua pasukan dapat mematuhi perkara berkenaan.

Turut diberi kebenaran berlatih ialah kelab Espanyol,Leganes,Gettafe dan Real Valladollid.

Langkah itu dilakukan sebagai dorongan untuk kelab-kelab La Liga kembali beraksi pada musim ini dan dijangka bermula pada pertengahan Jun depan.

Untuk rekod, dua kelab teratas Sepanyol iaitu Barcelona dan Real telah kembali ke tempat latihan mereka bulan ini.

Bagaimanapun pemain perlu menjalani latihan secara berseorangan dan melakukan ujian saringan perubatan yang ketat.

- Advertisement -