




Kejohanan edisi keempat ini yang dianjurkan oleh Asian Schools Sports Federation melalui Hong Kong Schools Sports Federation telah disertai oleh Malaysia, Hong Kong, China, Kazakhstan, Singapura dan Thailand.
Pada edisi ketiga kejohanan di Malaysia pada tahun 2019 menyaksikan Malaysia menjadi Naib Johan selepas tewas kepada Hong Kong dalam perlawanan akhir di Educity Iskandar Puteri, Johor.
Hadir dengan misi untuk kekal layak ke pusingan akhir, pasukan MSSM tahun 2025 ini dianggotai oleh atlet terbaik yang dipilih daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang.
Diundi dalam kumpulan B bersama-sama Kazakhstan dan China menyaksikan persembahan yang penuh dramatik dan semangat daripada ahli pasukan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 2 perlawanan awal peringkat kumpulan.
Persembahan yang mantap dan padu ini telah menambat hati penonton tempatan dan menjadi sebutan sepanjang kejohanan.
Perlawanan sengit di pusingan akhir menyaksikan mata sama di akhir minit permainan melalui percubaan (TRY) oleh AMAR SYAMIM BIN NOR HERMAN dan disempurnakan (CONVERSION) oleh ARIEQ ANAQI BIN ANUAR yang mengikat mata perlawanan dan diteruskan ke masa tambahan.
GOLDEN TRY daripada ANAS ZULQNAIN BIN NIZAN menyaksikan Malaysia menjadi johan dengan 31 mata mengatasi Singapura.
Selain menjadi Johan keseluruhan, kontinjen MSSM turut diberikan penghormatan apabila Anugerah MVP bagi kejohanan ini diberikan kepada atlet kita, iaitu AMAR SYAMIM BIN NOR HERMAN.
Tahniah dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada barisan kejurulatihan yang telah melatih dan membentuk pasukan ini sejak daripada awal pelibatan mereka dalam sukan ragbi sejak bangku sekolah rendah lagi.
Kejayaan ini adalah hasil daripada program pembangunan sukan MSSM.








KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
KUMPULAN B
Malaysia 40 – 5 Kazakhstan
Malaysia 29 – 12 China
SEPARUH AKHIR
Malaysia 24 – 5 Thailand
AKHIR
Singapura 26 – 31 Malaysia
SIRI KEJOHANAN ASRC EDISI YANG LALU:
Edisi 1 : Hong Kong (Tuan Rumah)
Malaysia tempat Ke3
Edisi 2 : Hong Kong (Tuan Rumah)
Malaysia tempat Ke5
Edisi 3 : Malaysia (Tuan Rumah)
Malaysia tempat Ke2






























