rio.2016.mascot

Oleh Ku Mohd Lufti

Cadangan Majlis Olimpik Malaysia MOM untuk membawa pegawai polis ke Rio tidak diperlukan.

Ia dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar susulan keadaan keselamatan atlet yang akan beraksi di sukan Olimpik tidak terjamin sepenuhnya.

Rio telah mencatatkan beberapa kes jenayah melibat atlet dari negara lain dan ia dilihat sebagai perkara yang diambil perhatian oleh MOM.

Namun Khairy menjelaskan, ihak kementerian akan mendapatkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung keadaan keselamatan di Rio de Janeiro sebelum kontinjen negara berlepas ke sana.

“Saya akan minta nasihat daripada kedutaan kita di Brazilia berkenaan keselamatan di sana,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media sukan di sini.

Dalam pada itu, Khairy berkata setakat ini tidak ada apa-apa perkembangan untuk Malaysia tidak menghantar kontinjen negara ke Brazil bagi menyertai temasya Sukan Olimpik itu nanti.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini bercadang menghantar pegawai PDRM ke Rio bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kontinjen negara.

Ia susulan peningkatan kes jenayah membabitkan atlet dan pegawai negara lain ketika berlatih di Rio.

Setakat ini, atlet Australia dan Sepanyol menjadi mangsa samun ketika berlatih di Rio.

- Advertisement -