Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membuat keputusan untuk menunda saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MHLJ) 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata, saingan yang dijadual berlangsung dari 25 Mac hingga 19 April itu diputuskan untuk ditunda susulan wabak Covid 19.

Keputusan dibuat selepas selepas sesi perbincangan melibatkan KHM serta Majlis Sukan Negara (MSN) dilakukan dan mengutamakan keselamatan pemain yang mengambil bahagian.

Tiada tempoh penundaan diputuskan setakat ini dan ia bergantung kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Datuk Seri Dr Anil Jeet juga mengingatkan kepada semua pemain dan pegawai persatuan hoki negeri dan kelab untuk memastikan langkah pencegahan diambil seperti yang disarankan.

 

 

- Advertisement -