Presiden Kelab Bolasepak MIFA, Datuk T. Mohan berkata pasukan itu lebih rela menarik diri dari saingan Liga Perdana daripada membayar denda RM500,000 yang disifatkan tidak masuk akal hanya kerana lewat hantar dokumen pendaftaran pasukan.

“RM500,000 untuk lewat hantar dokumen, langsung tak munasabah. Lebih baik kami tak payah bentuk pasukan. Bajet kami pun RM6 juta sahaja setahun, dan setengah juta untuk bayar denda?

“Kami bukannya pasukan yang mahu meraih keuntungan tetapi membangunkan bola sepak dalam komuniti ini (india). Sebagai pasukan baru, sudah tentu kesilapan itu berlaku. Kalau salah, tunjukkan cara yang betul,” kata Mohan kepada pemberita pada majlis ikrar MIFA menentang rasuah dan dadah di ibu negara.

Untuk rekod. MIFA adalah satu daripada enam pasukan 100PLUS Liga Premier yang dikenakan denda RM500,000 sama ada kerana gagal atau lewat melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan. Lima pasukan yang lain adalah UKM FC, Kuantan FA, PDRM, Pulau Pinang dan Sarawak.

Empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, PKNS FC dan Selangor pula dikenakan denda berjumlah RM1.5 juta setiap satu pasukan.

Justeru, Mohan mempersoalkan apa peraturan atau undang-undang Liga Malaysia yang dijadikan rujukan oleh FMLLP sebelum memutuskan jumlah denda sebanyak itu.

“Saya tidak faham bagaimana mereka tiba-tiba tentukan jumlah itu kerana dalam peraturan tidak pula dinyatakan berapa denda yang dikenakan untuk setiap kesalahan.

“Tiba-tiba saja mereka umumkan selepas mesyuarat lembaga. Saya rasa ia tidak munasabah bukan saja buat kami tetapi kebanyakan pasukan yang sukar menjana kewangan.”

“Jika mereka beri kami geran sekurang-kurangnya sebanyak RM5 juta, denda tidak menjadi masalah tetapi sehingga kini subsidi RM1 juta yang diumum pun masih belum diberi dan kami berhempas pulas mendapatkan dana. Jadi bagaimana kami hendak membayar denda itu?”

Mohan berpendapat ini adalah satu keputusan yang tidak adil, dan bagi memastikan periuk nasi pemain-pemain dan pegawai pasukan tidak terjejas, pasukan itu akan tetap kemukakan rayuan, mengharapkan pertimbangan wajar dari FMLLP.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa pula berkata hukuman dijatuhkan FMLLP ini hanya akan membuatkan pasukan bertambah ā€˜sesakā€™ lebih-lebih lagi pasukan yang tidak mempunyai kewangan kukuh sekaligus membawa kepada kemungkinan terpaksa ā€˜bungkusā€™ awal.

“Kami pasukan baru (di Liga Super), kalau salah tolong tunjukkan. Kita sudah sedia berdepan beban kewangan berikutan perbelanjaan yg meningkat, kalau hukum sampai RM1.5 juta, boleh tutup terus pasukan,ā€ kata Nokman.

Nokman mengakui sememangnya KLFA bersalah kerana kelewatan di dalam melengkapkan dokumen namun menjelaskan pihaknya sudah menghantar semua dokumen pendaftaran yang diperlukan secara berperingkat sebelum 1 Mac lalu dan kini menunggu maklum balas pihak FMLLP.

Menurutnya, KLFA akan menjadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran dan akan mengemukakan rayuan kepada FMLLP sebelum 20 Mac, dengan mengharapkan ada pertimbangan wajar daripada badan pentadbir itu sama ada mengurangkan jumlah denda atau sekadar diberikan amaran keras. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -