Jaguh badminton nombor satu dunia, Kento Momota kembali menjalani latihan selepas 10 hari sejak disahkan positif Covid 19.

Media tempatan, NHK menjelaskan, Momota mejalani latihan secara sendiri selepas menjalani proses kuarantin selama 10 hari.

Momota jelas mahu kembali semula ke arena badminton dan perlu memastikan beliau benar benar bersedia.

Pemain berusia 26 tahun ini didapati positif Covid 19 menerusi ujian polymerase chain reaction (PCR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo sebelum berlepas ke Bangkok untuk menyertai Terbuka Thailand.

Ia sekaligus menyaksikan pemain pemain dan pegawai terpaksa membatalkan penerbangan ke Bangkok meskipun ujian ke atas mereka didapati negatif.

Momota tidak menunjukkan gejala jangkitan walaupun di dapati positif. Selepas menjalani proses kuarantin selama 10 hari, beliau kembali semula menjalani latihan di Tokyo pada Khamis.

 

- Advertisement -