foto – Pahang Rangers FC

Ketua jurulatih kelab futsal, Pahang Rangers FC, Gerard Casas mengharapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencari inisiatif untuk memulakan saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) bagi musim 2021 seawal yang mungkin selepas mendapat kebenaran kerajaan.

Futsal antara sukan yang masih ‘dikuarantin’ oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana pada Mac lalu dan kini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasa sehingga 31 Ogos.

Casas akur dengan keputusan FAM susulan pembatalan MPFL 2020 susulan pendemik Covid 19 kerana keselamatan dan kesejahteraan pemain, jurulatih, pegawai serta komuniti sukan perlu diutamakan.

Pengendali kelahiran Sepanyol ini telah kembali ke negaranya turut memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk petugas barisan hadapan dalam memerangi ancaman COVID-19 di negara ini.

- Advertisement -