terengganu.fa.887

Oleh Ku Mohd Lufti

Kerajaan Negeri Terengganu memberi amaran keras kepada Persatuan Bola Sepak Negeri itu PBSNT agar mencari jalan penyelesaian terbaik susulan aksi hambar skuad peteh.

Exco Belia, SUkan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, menegaskan, jika perlawanan bertemu Kedah Selasa depan menunjukkan prestasi serta mutu permainan di takuk yang sama, beliau mashu mesyuarat agung luar biasa dijalankan.

“Kalau kita tengok perlawanan perlawanan, bukan soal kalah, tetapi adalah mutu permainan. Sebab kita pun bersama Persatuan Bola Sepak Terengganu ni dah lama. Mungkin ada masalah mereka tidak selesai. Jadi saya berharaplah, saya beri peluang kepada Persatuan Bola Sepak Negeri supaya mengambil tindakan segara. Saya beri tempoh satu lagi perlawanan. Kalau tidak, perlu buat AGM atau rombakan mana mana yang perlu,” kata Datuk Rozi Mamat.

Tambah  Datuk Rozi, bukan hasrat kerajaan negeri untuk campur tangan dalam soal pengurusan persatuan, akan tetapi menjadi tanggungjawab beliau selaku pemegang amanah kepada perjalanan sukan di negeri itu.

Selain harapan yang ditaruhkan para peminat dan penyokong skuad Peteh sendiri.

Dalam aksi liga super, Terengganu menghuni tangga ke lapan dengan 9 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Hanya lapan gol berjaya dihasilkan, dan gawang skuad peteh bolos 12 kali.

Sementara itu, Dato’ Rozi turut menafikan pasukan terengganu FC dua, atau T-Team akan mengambil alih peranan selaku skuad utama negeri jika prestasi skuad abang, Terengganu terus merudum.

Ini kerana skuad The Titans yang dibarisi pemain muda disasarkan untuk mencipta kegemilangan dalam kancah saingan bola sepak tempatan pada tahun 2018.

- Advertisement -