ong.kim.swee

Oleh Muhammad Aiman

Mengutip mata semaksimum mungkin menjadi sasaran pasukan bolasepak negara apabila beraksi dalam siri Jelajah Oceania bermula 17 Jun ini.

Setelah melengkapkan misi pertama bagi tahun ini dengan melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia seterusnya akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Oceania.

Harimau Malaysia akan berdepan tiga pasukan di ranking lebih rendah iaitu Papua New Guinea pada 17 Jun, diikuti New Caledonia pada 22 Jun dan  Fiji (27 Jun) dengan tujuan utama melonjakkan ranking yang menjunam ke kedudukan 174 dunia bulan lalu.

Pemain tengah, Badrrol Bakhtiar percaya kunjungan ke Oceania membekalkan peluang sempurna buat skuad Ong Kim Swee bukan sahaja untuk perbaiki ranking tetapi dalam masa sama membantu meningkatkan kerjasama sepasukan lebih utuh.

“Kita meraih kemenangan cukup penting menentang Timor Leste dan ianya penting untuk rentak diteruskan. Pasukan sedang berada dalam landasan baik dan saya berharap dapat bantu negara untuk menyerlah di Oceania. Saya yakin kita boleh melakukannya.

“Ini tidak bermakna kita memandang rendah lawan yang akan ditentang. Kami semua sedar akan tanggungjawab dan bukan berada di Oceania untuk makan angin. Kami akan berikan yang terbaik,” kata Baddrol.

Selepas berakhir Jelajah Oceania, pasukan negara akan mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan antaranya menentang Singapura, Thailand, Indonesia dan Afghanistan pada September serta Oktober untuk mempersiapkan skuad menghadapi Piala AFF Suzuki.

- Advertisement -