sea_games_2017Persiapan skuad projek sukan SEA Malaysia tampak dilandasan terbaik apabila memulakan kempen perlawanan persahabatan antarabangsa dengan kemenangan 4-1 ke atas skuad bawah 22 tahun Filipina.

Ternyata penonton yang hadir di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi dihidangkan dengan aksi menarik oleh skuad bawah 22 tahun negara.

Jaringan pertama Malaysia diperolehi di minit ke 18 menerusi Mohd Arif Farhan Md Isa yang memanfaatkan aksi kelam kabut didepan gawang Filipina.

Jaringan tersebut nyata menyuntik semangat anak anak didik Frank Bernhardt yang lebih banyak berkampung di kotak penalti pelawat.

S. Kumaahran hampir menjadikan kedudukan 2-0 di minit ke 27, namun percubaannya dinafikan penjaga gol Filipina, Ronilo Vallies Bayan.

Kumaahran menebus kekecewaannya apabila meledak gol di minit ke 29 sekaligus memastikan Malaysia selesa mendahului skuad kendalian Dan Padernal 2-0 di babak pertama.

Penguasaan Malaysia berterusan di separuh masa kedua apabila jaringan ketiga berjaya dihasilkan menerusi pemain gantian, N Thanabalan yang menanduk masuk sepakan percuma rakan sepasukan di minit ke 65.

Skuad kendalian Dan Padernal akhirnya menjaringkan gol di minit ke 72 menerusi penalti yang disempurnakan John Christopher Kanayama.

Malaysia melengkapkan kemenangan perlawanan persahabatan pertama dengan gol keempat menerusi penalti Mohd Farhan Roslan diminit ke 75.

- Advertisement -