sha-1

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Hoki Selangor (SHA) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan(AGM) kali ke 11 di bilik mesyuarat QNET.

Antara intipati mesyuarat adalah pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan bagi tahun 2014 dan 2015.

Ketika berucap, Presiden SHA, Datuk Seri Subahan Kamal berterima kasih kepada ahli ahli gabungan di atas sokongan mereka dan menjadikan sukan hoki khususnya Liga Hoki Selangor terus aktif di negeri itu.

Datuk Seri Subahan mengharapkan Liga Hoki Selangor semakin bertambah baik di masa aka datang dan memberi fokus penambahbaikan terhadap kualiti kejohanan dan bukan hanya kepada kuantiti semata mata.

SHA juga turut memberi penekanan terhadap pembangunan bukan sahaja pemain pelapis, malah Umpire dan Kejurulatihan.

SHA juga menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Prestasi Tinggi akan melakukan kajian dalam meningkatkan mutu program jangka panjang di peringkat sekolah.

Ia susulan aksi kurang memberansangkan ketika saingan Piala Razak dimana Selangor tampak gagal memberi saingan sengit terhadap negeri negeri lain.

Selain itu, persatuan turut mengucapkan tahniah dan bakal memberi ganjaran kepada skuas wanita negeri diatas pencapaian mereka sepanjang tahun 2016.

Mereka menamatkan saingan Hoki Peringkat Kebangsaan Bawah 16 Tahun selaku juara, menduduki tangga ketiga dalam aksi Piala Razak dan meraih pingat perak di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 Julai lalu.

- Advertisement -