SYARIKAT Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS diumumkan sebagai penaja perdana (title sponsor) bagi saingan edisi ke-27 Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL), sekali gus akan menaja jersi pendahulu keseluruhan berwarna hijau bagi jelajah bertaraf ProSeries itu yang akan bermula 23 hingga 30 September ini.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dalam majlis memperkenalkan penajaan berkenaan, berkata kehadiran PETRONAS itu amat dialu-alukan kerana situasi sukar untuk menganjurkan jelajah berbasikal LTdL 2023 dengan kualiti kelas dunia pada peringkat awalnya, kini bukan lagi satu misi yang mutahil.
âKBS berasa bangga dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PETRONAS atas kesudian sebagai penaja perdana bagi LTdL 2023 ini.
âLebih manis lagi, PETRONAS juga bersetuju untuk menjadi penaja perdana bagi tiga tahun berturut-turut iaitu 2023, 2024 dan 2025,â katanya ketika berucap dalam Majlis Pengumuman PETRONAS selaku penaja perdana di Casa 4, MSN di Bukit Jalil, hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abd Aziz; Ketua Setiausaha KBS, Dr Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datoâ Ahmad Shapawi Ismail dan Naib Presiden 1 Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datoâ Amarjit Singh.
Hannah berkata, jumlah yang diperuntukkan KBS di peringkat awal hanya berjumlah RM8 juta dan sebagai penganjur, MSN memerlukan bajet yang jauh lebih besar iaitu di sekitar RM15-RM16 juta untuk menjayakan sebuah acara jelajah berstatus ProSeries dengan kualiti âkelas duniaâ.
Dalam tempoh jangkamasa kurang daripada empat bulan, katanya, situasi itu memberikan cabaran yang amat besar kepada MSN terutama bagi memastikan penganjuran tetap berada di tahap tertinggi, selain berusaha mencari dan mengumpul baki dana penajaan.
Beliau juga memuji MSN yang telah menyediakan pakej penajaan yang tepat, selain usaha meyakinkan pihak pengurusan syarikat petroleum gergasi itu untuk bersetuju bersama-sama menjayakan LTdL 2023 ini.
âDan saya pasti pasukan MSN yang diketuai Datoâ Ahmad Shapawi ini menyusun strategi terbaik untuk memastikan kesemua pulangan pakej penajaan yang dijanjikan akan dapat dipenuhi dan dilaksanakan dengan sempurna,â katanya.
Sebagai penaja perdana, Hannah berkata, PETRONAS diberikan âhak namaâ atau ânaming rightsâ kepada acara dengan logo rasmi turut ditukar kepada PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2023, yang membawa logo PETRONAS pada kesemua penjenaman acara LTdL.
Katanya, PETRONAS juga diberikan hak menaja jersi pendahulu keseluruhan yang menjadi jersi rebutan utama yang diimpikan oleh semua pelumba yang bertanding.
âPenganjur yang sudah 26 tahun menampilkan jersi utama pendahulu keseluruhan berwarna kuning sebelum ini, buat kali pertamanya menukar kepada warna hijau PETRONAS, seperti jersi kuning âmailot jeuneâ di Tour de France dan jersi merah jambu âmaglia rosaâ di Giro dâItalia.
âSaya pasti keputusan ini akan memberi nilai tambah yang cukup besar kepada penajaan PETRONAS ini,â katanya lagi.
KBS yakin dengan ruang promosi yang diberikan MSN menerusi siaran langsung menerusi saluran penyiar nombor satu sukan berbasikal dunia iaitu Eurosports yang ditonton ratusan juta penonton luar negara, siaran di televisyen tempatan dan platform media sosial Youtube dan TikTok, ia mampu memberikan pulangan berlipat kali ganda berbanding jumlah tajaan yang diberikan.
âProgram promosi seperti perarakan Calvacade dan acara sampingan yang membawa penjenamaan pelbagai produk PETRONAS juga akan memastikan nama jenama ini kekal dan terus melekat di hati rakyat Malaysia.
âSebagai penganjur, KBS juga berbangga bukan saja dengan tajaan yang diberikan, tetapi juga kerana dapat bersama dan âada hubunganâ dengan sebuah jenama besar dunia yang mempunyai populariti dan kredibiliti hebat, khasnya di dalam sukan permotoran seperti Formula 1 dan MotoGP,â katanya sambil berjanji wakil-wakil PETRONAS yang mengikuti perlumbaan itu akan diberikan layanan dan hospitaliti terbaik sepanjang lapan hari perlumbaan berlangsung.
LTdL 2023 yang dianjurkan KBS menerusi MSN dengan kerjasama PKBM membabitkan jarak keseluruhan 1,276.8km, bermula dengan Peringkat 1 pada 23 September ini di Kerteh, Terengganu, melewati 11 daripada 12 buah negeri di Semenanjung dan berakhir dengan Peringkat 8 di pekarangan mercu tanda ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 30 September.
Sebanyak 22 pasukan, iaitu dua pasukan berstatus WorldTeam, lapan pasukan ProTeam, 11 pasukan Continental dan pasukan kebangsaan Malaysia akan bertanding.
SENARAI PASUKAN LTDL 2023Â
BIL. | PASUKAN | KATEGORI | NEGARA DIDAFTARKAN |
1. | ASTANA QAZAQSTAN TEAM | UCI WORLD TEAM | KAZAKHSTAN |
2. | EF EDUCATION-EASYPOST | UCI WORLD TEAM | USA |
3. | CAJA RURAL-SEGUROS RGA | UCI PROTEAM | SEPANYOL |
4. | EQUIPO KERN PHARMA | UCI PROTEAM | SEPANYOL |
5. | EUSKALTEL â EUSKADI | UCIPROTEAM | SEPANYOL |
6. | GREEN PROJECT – BARDIANI CSF – FAIZANE | UCI PROTEAM | ITALI |
7. | TEAM CORRATEC â SELLE ITALIA | UCI PROTEAM | ITALI |
8. | HUMAN POWERED HEALTH | UCI PROTEAM | USA |
9. | TUDOR PRO CYCLING TEAM | UCI PROTEAM | SWITZERLAND |
10. | BOLTON EQUITIES BLACK SPOKE PRO CYCLING | UCI PROTEAM | NEW ZEALAND |
11, | TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | MALAYSIA |
12. | 7ELEVEN CLIQQ – AIR21 BY ROADBIKE PHILIPPINES | UCI CONTINENTAL | FILIPINA |
13. | NUSANTARA CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | INDONESIA |
14. | HENGXIANG CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | CHINA |
15. | LI NING STAR | UCI CONTINENTAL | CHINA |
16. | GIANT CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | CHINA |
17. | ST GEORGE CONTINENTAL CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | AUSTRALIA |
18. | KSPO PROFESSIONAL | UCI CONTINENTAL | KOREA SELATAN |
19. | JCL TEAM UKYO | UCI CONTINENTAL | JEPUN |
20. | ROOJAI ONLINE INSURANCE | UCI CONTINENTAL | THAILAND |
21. | THAILAND CONTINENTAL CYCLING TEAM | CONTINENTAL | THAILAND |
22. | MALAYSIA NATIONAL TEAM | CONTINENTAL | KEBANGSAAN |